saya tidak melenting. saya cuma tidak suka perangai en.ibrahim yang suka kuarkan kenyataan berbaur menghina dan merendahkan medical card kompeni lain. sekali-sekala kena ajar sket orang macam ni.
saya juga sudah call Hospital Ampang Putri. saya tanya diorang apakah medical card takaful yang diorang terima. memang jawapan pertama mereka ialah PruBSN, tapi mereka juga menerima Medical Card IKHLAS dan Etiqa. dan adakah ini membuktikan en. ibrahim berbohong dengan berkata hanya PruBSN aja yang diterima?
Hahaha... saya rasa apa yg saya mention sebelum ni ... saya mintak prospect saya tepon ampang putri ... then soh prospect tanya admin kat Ampang Putri Medical kad dari Syarikat Takaful mana yg dia orang terima ... pegawai hospital tu jawap Takaful PruBSN aja yg kita terima .... so tak payah lah nak list kan medical mana lagi yg dia orang terima ... tak gitu kawan2
taktau lah kalau dia salah taip ke ape ke...
so, kalau setakat nak jadikan Hospital Ampang Puteri sebagai ukuran penerimaan Medical Card, saya rasa itu tidak mencukupi. lain lah kalau 20%-40% Hospital reject Medical Card tersebut.
lagipun, saya nak tegur sket perangai buruk en.ibrahim yang suka sangat beri kutukan kepada kompeni lain terutama sekali tentang Medical Card. tak kiralah Medical Card kompeni maner sekali pun, jika kamu nak kuarkan sebarang kenyataan kat sini, at least letak la sekali ngan bukti-bukti dan fakta yang jelas. dan lebih teruk lagi, suruh plak orang lain konfirmkan bukti. kalau kat luar boleh la en.ibrahim buat macam tu suruh prospek call. ni kat forum bang oii..kenyataan kamu ni dibaca oleh semua orang..ejen ada, prospek ada, orang awam ada. kalau semua kat sini ejen PruBSN, saya percaya tiada siapa yang akan membantah kamu, bahkan mereka akan menyokong lagi tindakan kamu seperti yang ada sekarang nie.
tapi kat sini masih ada ejen-ejen lain, yang kekadang tu tertanya even saya sendiri, tertanya-tanya Medical Card kompeni manakah yang direject seperti yang didakwa oleh en.ibrahim?
memang saya tidak nafikan PruBSN memang cemerlang tentang Medical Card. tapi, adakah PruBSN cemerlang pada awal penubuhannya? kamu sendiri memerlukan masa untuk menjadi cemerlang, apatahlagi Medical-Medical Card lain yang masih baru di pasaran. saya percaya masa mula-mula PruBSN ditubukan, ejen-ejen PruBSN promote prospek pun guna sample claim dari Prudential Konvensional. tak gitu en.ibrahim? (contoh dah banyak dari CG nie walaupun en.ibrahim tak buat pun...)
so, next time en.ibrahim. kalau nak kuarkan kenyataan tentang Medical Card kompeni lain, sila nyatakan bukti sekali. jangan sesuka hati jer. bukan setakat en.ibrahim jer, ejen-ejen dari kompeni lain termasuk saya pun kena buat macam tu.
ada mengerti en.ibrahim?
Tak pe bang. Biar dia buat claim dulu....tapi harapan saya biarlah seperti yang dijanjikan especially bila kena penyakit2 yg cooling period 120 hari.
insya Allah, Medical Card Takaful yang kamu maksudkan itu masih tiada sebarang rekod yang buruk. setakat ni setahu saya masih tiada lagi sebarang kes mengenai specific illness tu. dan andaikatalah Medical Card Takaful yang kamu maksudkan itu menunaikan janjinya, sekaligus menjadikan Medical Card Takaful tersebut lebih baik daripada Medical Card kompeni kamu..