harraz asyraaf
Super Active Member
- Messages
- 7,794
- Joined
- Jun 5, 2008
- Messages
- 7,794
- Reaction score
- 93
- Points
- 70
http://www.youtube.com/watch?v=t8dGisCH-HA&feature=related
http://www.youtube.com/watch?v=GwfsfWPMsMs&feature=related
Mari kita mulakan dengan merafakkan syukur kepada Allah SWT agar Allah SWT menerangi hati kita dengan cahaya hidayahnya seperti mana matahari menerangi bumi. Ya Allah Ya tuhanku, kami memohon kepadaMu ya Allah, janganlah engkau biarkan kami mentadbir diri kami sendiri tanpa perhatian dari Mu Ya Allah. Selawat dan salam kepada kekasihMu Rasulullah SAW. Juga kepada keluarga baginda, sahabat dan para pengikutnya.
QASIDAH AL-BURADAH....penulisnya HAZRAT IMAM SALIH SHARA-FUD-DEEN ABU ABDULIAH MUHAMAD BIN HASAN AL-BUSAIRI R.A telah menjadi lumpuh separuh badan. Mengikut sesetengah riwayat lumpuh dari pinggang ke bawah. Semua doktor dan pakar telah berputus asa untuk menyembuhkan beliau.
Tatkala semua orang berputus asa, pada Khamis malam Jumaat beliau mengasingkan diri di satu tempat yang sunyi dan mula menulis sebuah syair tentang kecintaan dan kerinduan beliau kepada Rasulullah SAW dan dengan penuh keikhlasan memohon rahmat dari Allah SWT agar menyembuhkan beliau dari penyakit tersebut.
Selesai menulis, beliau tertidur dan Rasulullah SAW hadir dalam mimpi dan beliau membacakan syair yang dikarang khas untuk Rasulullah dihadapan baginda. Beliau menceritakan tentang penyakit beliau kepada Rasulullah SAW. Lalu Rasulullah SAW meletakkan tangan baginda yang mulia itu dibadan Imam Shara-fud-deen dan menyelimutkan beliau dengan selimut (burdah).
Diwaktu pagi, beliau terjaga dan dengan izin Allah SWT, beliau telah sembuh sepenuhnya dari lumpuh dan selimut yang diselimutkan oleh Rasulullah ada pada badannya. (Ya Allah, sungguh bertuah orang-orang yang dapat berjumpa dan dapat pemberian dari Rasulullah SAW).
Kisah penyembuhan beliau dengan qasidah yang beliau tulis telah tersebar dengan luas pada zaman beliau. Satu kisah menceritakan bahawa Sa'aadud-deen Farouqi pembantu khas kepada Bahaduddeen (gabenor) di negeri Imam Shara-fud-deen menjadi buta. Dalam mimpi, Sa'aadud-deen Farouqi telah didatangi oleh seseorang dan menyuruh beliau meletakkan qasidah burdah dikedua matanya. Dengan izin Allah SWT mata beliau juga telah sembuh seperti sediakala.
Maklumat lanjut layari http://www.scribd.com/doc/13415162/Qasidah-Burdah-English-Complete
p/s: semoga kita semua mendapat manfaat...