Quecha
Active+ Member

- Messages
- 4,248
- Joined
- Nov 8, 2017
- Messages
- 4,248
- Reaction score
- 1,459
- Points
- 111
CAMERON HIGHLANDS: Kerajaan akan mempertimbangkan pengambilan pekerja asing dari Afrika bagi menampung keperluan tenaga pekerja asing dalam sektor perladangan pada masa akan datang.
Menteri Sumber Manusia, M Kula Segaran berkata, ini kerana pekerja asing dari Vietnam dan Indonesia tidak mahu lagi datang untuk bekerja di negara ini disebabkan gaji yang diterima tidak jauh berbeza dengan negara asal.
“Saya telah mengadakan perbincangan dengan duta negara Afrika baru-baru ini dan mereka akan mendapatkan pandangan daripada kerajaan di negara itu mengenai perkara berkenaan.
“Ini satu permulaan dan kita akan melihat kesesuaian kerana pihak kementerian ada menerima permintaan daripada majikan yang mahukan pekerja dari negara itu untuk bekerja dalam sektor perladangan,” katanya kepada pemberita selepas sesi dialog dengan para peladang Cameron Highlands malam tadi.
Dalam perkembangan lain, Kula Segaran berkata pihaknya kini dalam peringkat akhir perbincangan dengan Bangladesh sebelum memeterai memorandum persefahaman (MoU) mengenai kemasukan pekerja asing dari negara itu ke negara ini.
“Semua perjanjian dengan Bangladesh sebelum ini sudah tamat tempoh. Walaupun kita berhasrat untuk menandatangani MoU namun ada beberapa cadangan dan perkara yang perlu diselesaikan terlebih dahulu.
“Antara permasalahan yang perlu diselesaikan adalah gaji serta perlindungan terhadap pekerja asing yang bekerja di sini dan kita juga mahu tahu apakah tindakan (kerajaan Bangladesh) untuk mengambil balik pekerja asing yang tidak berdokumentasi di negara ini,” katanya
https://www.freemalaysiatoday.com/c...trajaya-pertimbang-pekerja-asing-dari-afrika/

https://nthqibord.com/2019/07/02/be...a-bengang-kulasegaran-menipu-ada-agenda-lain/
Kali ini Menteri DAP dimalukan sekali lagi oleh bekas pemimpin kerajaan Indonesia sendiri membogelkan pembohongan M Kulasegara tentang isu kekurangan tenaga kerja Indonesia (TKI) di Malaysia.
Bekas Timbalan Menteri Belia dan Sukan Indonesia, Sakyan Asmara berkata kenyataan Kulasegaran bahawa pekerja Indonesia tidak mahu datang ke Malaysia kerana isu gaji sebagai tidak tepat.
Jelasnya, gaji di Malaysia sebenarnya masih tinggi berbanding di Indonesia dan ramai rakyat republik itu masih memilih untuk bekerja di sektor perladangan di negara ini.
Berbeza dengan dakwaan Kulasegaran sebelum ini, Menteri Sumber Manusia itu berkata pekerja dari Indonesia dan Vietnam tidak lagi berminat bekerja di sektor perladangan kerana gaji yang tidak jauh beza dengan negara asal.
Sakyan berkata, gaji sektor perladangan di Malaysia boleh mencecah hampir Rm1,500 sebulan, jauh lebih tinggi daripada gaji minimum 2019 yang ditetapkan oleh Jakarta iaitu kira-kira RM1,100 sebulan.
“Kenyataan menteri DAP itu tidak tepat sama sekali dengan situasi sebenar di Indonesia.
“Di Indonesia sendiri saat ini rakyat sedang mengalami kesukaran mencari kerja kerana kebanjiran pekerja asing dari China ke negara ini.
“Situasi ini menyebabkan para tenaga kerja Indonesia terus berupaya mencari alternatif untuk bekerja di Malaysia, utamanya di sektor perkebunan.
“Jadi tidak benar bahawa gaji sektor perladangan di Indonesia tidak jauh berbeza dengan di Malaysia,” kata Pensyarah Komunikasi Politik Universitas Sumatera Utara, Medan itu.
Sakyan juga musykil dengan Kulasegaran mempunyai agenda lain apabila menyatakan cadangan untuk membawa pekerja dari Afrika, bukannya dari negara Arab atau Timur Tengah yang majoritinya orang Islam.
“Pekerja Afrika pada umumnya beragama bukan Islam dan Kulasegaran juga bukan Islam.
“Apakah hal ini ada hubungannya, tentu hanya Kulasegaran sendiri yang tahu,” soalnya. – NTHQiBord, 2 Julai 2019.