BTC USD 84,425.2 Gold USD 4,289.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Putih mata

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
06hm171.transformed.jpg

CERMIN kenderaan yang dipecahkan pencuri.​


Kota Kinabalu : Seorang ahli perniagaan tergamam apabila wang tunai RM50,000 yang diletakkan di dalam papan pemuka kenderaannya 'lesap' dilarikan penjenayah.

Dalam kejadian jam 2.15 petang kelmarin, mangsa berusia 47 tahun meletakkan wang itu di dalam pacuan empat roda Toyota Hilux di kawasan meletak kenderaan berhampiran bangunan Bank Simpanan Nasional (BSN) di sini.

Mangsa yang selesai melakukan urusan di bank terkejut mendapati cermin pintu hadapan kenderaannya dipecahkan penjenayah.

Mangsa panik apabila wang tunai RM50,000 yang disimpan di dalam kenderaan hilang.

Difahamkan mangsa sebelum itu mengeluarkan wang berkenaan dari bank di Kampung Air, di sini, bagi urusan perniagaannya.

Mangsa membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu untuk tindakan lanjut.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Superintendan Mohd Azhar Hamin berkata, sepasukan polis bergegas ke lokasi kejadian bagi menjalankan siasatan.

"Polis berusaha mengesan suspek termasuk melalui penelitian kamera litar tertutup di premis berhampiran," katanya.

Menurutnya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana kesalahan mencuri.



Source: http://www.hmetro.com.my/node/75590
 
Aku rasa stp bank ada kaki dah yg tgk pastu folo pelanggan yg kuar duit banyak. Dah byk kes mcm ni.
 
Aku rasa stp bank ada kaki dah yg tgk pastu folo pelanggan yg kuar duit banyak. Dah byk kes mcm ni.

Aku pun selalu suspect yang sama. Kalo dah biasa dengan bank, nak withdraw cash banyak, jangan buat di kaunter, minta buat dalam office bank. Aku buat cam tu, supaya tak ramai yang tahu.
 
Back
Top
Log in Register