WangEmas
Active+ Member
- Messages
- 3,519
- Joined
- Aug 28, 2009
- Messages
- 3,519
- Reaction score
- 56
- Points
- 30
Putera Saudi semakin hampir miliki Liverpool
MANCHESTER: Putera Arab Saudi kini sedang menilai akaun dan kewangan Liverpool dalam usaha rundingan pembelian semua saham pegangan pemiliknya, George Gillett Jr terhadap kelab Liga Perdana Inggeris itu.
Ia satu lagi perkembangan terbaru selepas laporan semalam menyebut Putera Faisal bin Fahd bin Abdullah al-Saud hanya akan mengambil alih tunggakan hutang semasa kelab itu.
Putera Faisal dilaporkan berminat untuk membeli semua 50 peratus pegangan saham Gillett dalam Liverpool menerusi firma pelaburan sukannya, F6, menurut Pengarah F6, Barry Didato.
Putera Saudi itu juga sudah memberi tempoh eksklusif untuk beberapa bulan lagi sebelum mengadakan terma rundingan seterusnya dengan Gillett.
"Putera itu bersedia memberi semua 100 peratus saham Liverpool, tetapi beliau mungkin tidak mahu untuk memperoleh kepentingan kawalan terhadap semua pegangan," kata Didato kepada AFP.
Difahamkan, Putera Faisal belum lagi berbincang dengan Tom Hicks yang memiliki 50 peratus lagi pegangan saham dalam Liverpool. - AP
Boleh tukar jadi SaudiPool lepas nih..