BTC USD 60,726.8 Gold USD 4,341.84
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Putera Philip Diberi Amaran, Luar Negara

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,458
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,458
Reaction score
7,735
Points
916
20.01.2019 - Britain, Putera Philip suami kepada Permaisuri Britain, Ratu Elizabeth II diberi amaran oleh polis selepas beliau dilihat memandu di jalan awam tanpa memakai tali pinggang keledar kira-kira dua hari selepas dia terlibat dalam kemalangan kereta.

Akhbar menunjukkan Philip memandu Land Rover di kediaman diraja Sandringham di Norfolk, semalam.

"Kami telah memberi nasihat yang sesuai dan ia adalah selaras dengan respons standard apabila kami menerima gambar yang menunjukkan kesalahan seumpama itu," kata jurucakap polis.

Khamis lalu, Philip terselamat tanpa sebarang kecederaan selepas kereta dinaikinya terbalik selepas berlanggar dengan kenderaan lain di kawasan berhampiran Sandringham.Difahamkan, beberapa penumpang lain cedera dalam kejadian tersebut.

Amaran itu diberikan dua hari selepas Putera Philip terlibat dalam nahas kereta.

_105254485_alban01duke_driving.jpg


_105255838_9d5c5166-7d64-47c8-9a7a-04e3becff7c3.jpg


_105232616_carpic_archant.jpg


TELEMMGLPICT000185880376_trans_NvBQzQNjv4Bqb_iciIwMS8qNi2hFClRdCCWK2RzIx58TlddtOuSUU2A.jpeg


TELEMMGLPICT000185940900_trans_NvBQzQNjv4BqpVlberWd9EgFPZtcLiMQfyf2A9a6I9YchsjMeADBa08.jpeg


TELEMMGLPICT000186117436_trans_NvBQzQNjv4BqoNNSexKcI53-HHJW8z5oHENNw5DSvP8yooNkqXrSuVo.jpeg


_105232615_prince2_philip_crash_v2_640-nc.png


Berita asal https://www.sinarharian.com.my/article/8721/GLOBAL/Putera-Philip-diberi-amaran
 
Back
Top
Log in Register