BTC USD 60,797.8 Gold USD 4,365.90
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Putera Mahkota Saudi ditembak?

TT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgem
Messages
166,601
Joined
Jan 13, 2009
Messages
166,601
Reaction score
22,873
Points
1,831
image.jpg

Mohammed Salman

RIYADH - ARAB SAUDI . Aktivis Arab Saudi mendedahkan misteri 'kehilangan' Putera Mahkota, Mohammed Salman yang telah mencetuskan pelbagai spekulasi selepas beliau tidak dilihat di khalayak ramai sejak beberapa minggu lalu termasuk ketika kunjungan Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Mike Pompeo.

Setiausaha Agung Parti Kebangkitan Islam, Mohammed al-Mas'ari memetik sumber boleh dipercayai memberitahu Mohammed cedera ditembak dalam kejadian serangan menggemparkan di luar istana di Riyadh, akhir bulan lalu.

Jelasnya, berita itu didedahkan sumber dalam keluarga diraja sebelum ia tersebar secara meluas di media sosial seperti Twitter.

"Putera Mahkota merancang untuk tampil dalam sidang media bagi menafikan laporan berlaku rampasan kuasa," ujarnya.

Beberapa wartawan melaporkan insiden berbalas tembakan itu berlaku di luar pekarangan istana pada 21 April lalu dan Mohammed turut dipindahkan ke kubu pertahanan bawah tanah di pangkalan tentera berhampiran.

Sebelum ini, media tempatan mendakwa bunyi tembakan itu kononnya kerana pihak istana menembak jatuh dron mainan yang terbang berhampiran kawasan kediaman keluarga diraja tersebut. - Press TV

His apparent absence from public life also fuelled the rumours about his death

4C8C425C00000578-0-image-a-3_1527064251544.jpg

4C8C425600000578-5761267-image-a-5_1527064883068.jpg

http://www.sinarharian.com.my/global/putera-mahkota-saudi-cedera-ditembak-1.839749
 
Tembak jatuh dron dekat istana Saudi cetus spekulasi rampasan kuasa

RIYADH, 22 April: Pasukan keselamatan Arab Saudi menembak jatuh sebuah dron mainan di ibu negara itu semalam, selepas video atas talian menunjukkan tembakan dilepaskan di sebuah kejiranan yang menempatkan istana diraja dan mencetuskan kebimbangan mungkin berlaku pergolakan politik.


Jurucakap polis Riyadh yang dipetik Agensi Berita Saudi (SPA) berkata, pos tapisan keselamatan ternampak sebuah dron mainan kecil pada 7.50 pagi waktu tempatan (12.50 tengah hari waktu Malaysia) menyebabkan pasukan keselamatan bertindak mengikut arahan dan peraturan mereka.

Tiada kecederaan dilaporkan dan Raja Arab Saudi, Salman Abdul Aziz tiada di istana pada waktu itu, kata pegawai kanan Saudi kepada Reuters.

“Raja Salman berada di ladangnya di Diriya,” kata pegawai itu merujuk sebuah kawasan lain di ibu negara Arab Saudi itu.

Video amatur yang tular di media sosial terdahulu menunjukkan tembakan kuat sekurang-kurangnya 30 saat, mencetuskan spekulasi berhubung kemungkinan berlaku cubaan rampasan kuasa di negara pengeluar utama minyak dunia itu dan menimbulkan persoalan kedudukan Raja Salman dan putera mahkotanya.

Satu video menunjukkan 2 kereta polis diletakkan di tengah jalan yang gelap. Reuters tidak dapat mengesahkan ketulenan video tersebut.

Berhubung video yang tular itu, pegawai berkata, dron berkenaan ditembak jatuh dan kerajaan bakal memperkenalkan peraturan untuk penggunaan dron mainan.

Arab Saudi menyaksikan satu siri perubahan politik radikal sejak beberapa tahun lepas di bawah kepimpinan anak Raja Salman, Putera Mohammed bin Salman yang mengetuai pembaharuan untuk mentransformasikan ekonomi, membuka negara itu dari segi amalan budaya masyarakat dan melaksanakan bentuk Islam lebih sederhana dalam negara konservatif itu.

Pemimpin 32 tahun itu menyingkirkan sepupunya yang lebih tua sebagai putera mahkota tahun lalu dalam rampasan kuasa istana dan bertindak memenjarakan berpuluh ahli perniagaan penting dan kerabat diraja, termasuk jutawan, Putera Alwaleed bin Talal dan Putera Miteb bin Abdullah yang mengetuai pasukan elit Pengawal Kebangsaan, dalam satu operasi anti rasuah.

Kebanyakan tahanan itu dibebaskan berikutan persetujuan yang dicapai dengan kerajaan.

Ruang mengkritik semakin sempit beberapa bulan ini susulan penahanan ulama dan aktivis terkenal dalam usaha kerajaan melemahkan pengkritiknya.

Langkah itu membantu Putera Mohammed mengukuhkan kedudukannya di negara yang kuasa pemerintahannya dikongsi bersama dalam kalangan putera kanan sejak sekian lama dan tokoh agama mempunyai pengaruh kuat ke atas dasar kerajaan.

Bagaimanapun, ia turut mencetuskan spekulasi berhubung kemungkinan berlaku penentangan terhadap putera mahkota itu, yang terus popular dalam kalangan generasi muda Arab Saudi.

Awal bulan ini, Putera Mohammed kembali daripada lawatan luar negara, termasuk ke Amerika Syarikat bagi mendapatkan pelaburan dan sokongan menyekat pengaruh Iran di rantau itu.

Riyadh dan Teheran terlibat dalam saingan pengaruh selama beberapa dekad yang melibatkan beberapa negara di rantau itu, termasuk Yaman.

Pejuang Houthi disokong Iran di negara itu kerap melancarkan dron ke sempadan selatan Arab Saudi, tetapi tiada hubungan ketara antara konflik itu dengan kejadian di Riyadh, semalam. - FMT

 
pergolakan keluarga saudi bermula..tak lama yahudi masuk campur tangan untuk rampasan kuasa..
 
pergolakan keluarga saudi bermula..tak lama yahudi masuk campur tangan untuk rampasan kuasa..

Apa yg akan berlaku ini telah di sebut nabi..lebih 1400 tahun lebih dahulu. Tanda2 kita berada zaman2 akhir kemunculan dajjal
 
kalau tak salah aku..aku ada tgk kat youtube ustaz abdulllah khairi penah ceramah cerita pasal issue raja saudi ni..
 
Alahai..keluarga saud ni la pakat dgn yahudi jatuhkn kerajaan uthmaniah..pastu diberi nama arab saudi
 
Back
Top
Log in Register