BTC USD 85,533.8 Gold USD 4,131.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Putera Kuwait mati ditembak

Halimm

Active+ Member
Messages
3,963
Joined
Aug 18, 2009
Messages
3,963
Reaction score
14
Points
25
Putera Kuwait mati ditembak


2010/06/20


MANAMA: Seorang putera Kuwait dilapor mati ditembak oleh bapa saudaranya.

Tidak ada kenyataan dikeluarkan oleh Kementerian Dalam Negeri mengenai punca kematiannya.


Bagaimanapun, menurut laporan, Basel ditembak beberapa kali oleh bapanya petang Khamis lalu selepas kedua-duanya bertengkar mengenai kereta.


Menurut satu laporan, kedua-duanya berada bersama beberapa anggota kerabat lain apabila si bapa saudara memberitahu Basel beliau ingin bercakap dengannya bersendirian.


Mereka meninggalkan anggota keluarga lain untuk ke bilik sebelah dan beberapa saat kemudian, bunyi tembakan kedengaran. Putera itu disahkan mati sebaik tiba di hospital. Pegawai perubatan berkata, Basel ditembak beberapa kali dari jarak dekat. Bapa saudaranya yang namanya tidak disiarkan, ditahan oleh polis untuk disoal siasat.

Jenazah Basel dijadualkan dikebumi hari ini, kata sumber istana. - Agensi
 
Kereta punya pasal... adohai...
 
Ingatkan Putera byk kereta....huh~ beli jer yg lain kan duit byk??
 
tembak ler israil tu. tembak anak buah watpe
 
Ooo...berebut kete pun leh men tembak2
 
gila punya orang kaya
 
kereta lagi mahal dari nyawa yer..
 
Back
Top
Log in Register