TT
CG Super Hardcore Club




- Messages
- 166,601
- Joined
- Jan 13, 2009
- Messages
- 166,601
- Reaction score
- 22,873
- Points
- 1,831
Putrajaya: Layanan kelas pertama, tidak sesak dengan pesakit dan ruang lebih peribadi seperti perkhidmatan di hospital swasta, membuatkan Alya Amani Gima selesa untuk mendapatkan rawatan di Pusat Bersalin Berisiko Rendah 1Malaysia (PBBR1M), Presint 8, di sini.
Bakal melahirkan anak kedua, November depan, wanita berusia 34 tahun itu menghadapi masalah alahan teruk, memaksa dirinya mendapatkan rawatan susulan di Hospital Putrajaya sebelum dimasukkan ke PBBR1M pada Rabu lalu.
“Apabila doktor membuat keputusan untuk menghantar saya ke sini, saya termanggu-manggu kerana tidak pernah mengetahui kewujudan PBBR1M. Suami yang berada di luar mencari kelengkapan saya terpaksa menggunakan peta di Internet untuk mencari lokasinya.
“Dua hari berada di sini, saya sangat berpuas hati dengan layanan dan perkhidmatan yang diberikan kakitangan. Selain itu, ditempatkan dalam sebuah bilik setiap seorang mencipta ruang privasi dan tekanan turut berkurangan.
“Sebelum ini, anak pertama yang kini berusia tiga tahun dilahirkan di hospital swasta kerana saya memerlukan penjagaan rapi. Namun PBBR1M ini turut menawarkan mutu perkhidmatan yang baik dan memenuhi kriteria jika ingin melahirkan anak di sini,” katanya.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
http://www.hmetro.com.my/articles/Pusatbersalinkelaspertama//Article