hiduprakyat
CG Top Poster Club

- Messages
- 27,621
- Joined
- Dec 6, 2010
- Messages
- 27,621
- Reaction score
- 1,682
- Points
- 201
Puncak Daik bergigi naga
Pantun empat rangkap itu amat popular untuk masyarakat Malaysia. Bagaimanapun, masih ramai yang tidak tahu bahawa Gunung Daik benar-benar wujud. Ia terletak di Lingga, Kepulauan Riau, Indonesia.
Menurut satu artikel yang pernah disiarkan menerusi Kompas, keunikan Gunung Daik terletak pada tiga puncaknya, masing-masing dengan nama tersendiri iaitu Gunung Lingga (kanan, terbesar), Pejantan (tengah, runcing), dan Cindai Menangis (kiri, pendek).
Di balik keindahannya, tersimpan sebuah legenda kuno yang menjadi identiti masyarakat Lingga. Kisah ini menceritakan tentang pertarungan hebat antara dua tokoh sakti, Datuk Kaya Kuning dan Mak Yah. Mereka bertarung untuk menguji kesaktian dengan mematahkan salah satu cabang puncak Gunung Daik.
Sebelum pertempuran, kedua-duanya sepakat bahawa pemenang akan menguasai seluruh Lingga. Mak Yah mendapat kesempatan pertama, namun sekuat manapun kesaktiannya, puncak Gunung Daik tetap tidak goyah.
Tibalah giliran Datuk Kaya Kuning. Dengan sekali 'gerakan sakti', beliau berhasil mematahkan salah satu dari tiga cabang puncak Gunung Daik itu. Menurut legenda, patahan puncak yang terlepas kemudian jatuh ke laut, dan menjelma menjadi sebuah pulau yang kini dikenal sebagai Pulau Pandan.
Sesuai perjanjian asal, Mak Yah mengakui kekalahannya dan tunduk kepada Datuk Kaya Kuning, yang menjadi raja berkuasa di seluruh wilayah Lingga. Kisah ini bukan sekadar cerita lama, tetapi juga cerminan budaya masyarakat Lingga yang kaya dengan sejarah dan penghormatan terhadap alam.
Selain legenda pertarungan sakti, dua kisah lain juga turut mewarnai Gunung Daik iaitu pertapaan Raja Inderagiri dan pertanda kematian Datu Kaya Montel yang tinggal di Pulau Lingga.
Keindahan Gunung Daik yang memukau kini berpadu dengan cerita legenda yang menambah daya tarikannya sebagai destinasi pelancongan. Ia juga kian menjadi tarikan orang luar termasuk warga Malaysia untuk melihat sendiri Gunung Daik.