BTC USD 86,178.6 Gold USD 4,357.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Punca-Punca Sakit Jantung

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
459,644
Paid Membership
Joined
Mar 15, 2010
Messages
459,644
Reaction score
38,262
Points
2,836
FB_IMG_1594139413355.jpg

Pernah dengar orang sakit jantung tapi tiada gejala atau penyakit kronik? Anda pun tahu, kalau kurang bersenam dan diet yang tidak baik boleh menyebabkan sakit jantung. Rupanya banyak lagi perkara yang kita tidak tahu yang boleh menyebabkan sakit jantung. Berikut adalah beberapa punca yang telah dikaji ada kaitan dengan penyakit jantung:

Masalah dental
- Waa.. Tak sangka masalah dental boleh menyebabkan penyakit jantung. Bagaimana tu? Perkaitannya masih dalam kajian. Ada hipotesis menyatakan bahawa gusi yang penuh bakteria, masuk ke dalam darah dan menjadikan salur darah kita rosak akibat radang termasuk jantung! Jadi jsetiap 6 bulan jumpa doktor gigi tau untuk check gigi.

Kerja shift
- Menurut kajian daripada Western Univeristy di Canada, kerja pada waktu malam atau waktu yang tidak tetap ini boleh meningkatkan risiko sakit jantung. Pengkaji menyatakan kerja shift ni memberikan impak negatif pada ritma sirkardian yang mungkin boleh menyebabkan masalah jantung. Jika anda tidak bekerja pada waktu biasa, pastikan anda ambil langkah pencegahan seperti tidur mencukupi, rehat, diet yang baik dan bersenam.

Trafik jam
- Bila dah masuk fasa PKPP (pemulihan) ini, mula lah jalan raya jam balik tak. Ianya kondisi yang sangat stress! Kajian menunjukkan jika kita berada dalam trafik selama sejam, ianya meningkatkan risiko untuk dapat sakit jantung. Bunyi bising di atas jalan juga dikaitkan dengan sakit jantung. Kalau boleh, ambillah flexi hour, jangan bergegas pada waktu puncak dan dengar musik radio yang menenangkan. Kalau ada kawan di sebelah, ajaklah berbual.

Menopaus awal
- Anda seorang wanita, dan menopaus sebelum umur 46, anda berisiko untuk mendapat sakit jantung dua kali lebih tinggi berbanding yang menopaus selepas 46. Estrogen memainkan peranan penting dalam risiko jantung. Bolehlah lakukan pemeriksaan seperti kolesterol, gula, darah tinggi di klinik kesihatan setiap tahun.

Berdengkur
- Jika pasangan anda kata anda kuat berdengkur, anda mungkin kerap mengalami masalah bernafas sewaktu tidur. Ini dipanggil apnea tidur. Ianya terjadi jika salur pernafasan anda menguncup disebabkan otot lidah dan tengkuk menghempap saluran udara tersebut. Keadaan ini dikaitkan dengan penyakit darah tinggi, berdebar-debar, jantung berdegup tidak sekata, strok, dan lemah jantung. Merawat apnea tidur boleh mengurangkan risiko dan merawat darah tinggi.

Hepatitis C
- Jika anda ada penyakit hepatitis C, anda mungkin mengalami kolesterol rendah dan tekanan darah yang rendah. Walaupun rendah, anda mempynyai risiko yang lebih tinggi untuk jantung. Mengapa? Kajian menyatakan virus ini boleh menyebabkan radang hati, dan juga di tempat lain seperti jantung! Berbincang dengan doktor anda tentang perkara ini ya.

Tidur tak berkualiti
- Jika anda dengan kerap tidur kurang dari 6 jam, anda mempunyai risiko penyakit darah tinggi dan kolesterol. Ianya juga meningkatkan risiko anda untuk mendapat diabetes dan obes. Keadaan ini semuanya boleh memberikan kesan kepada jantung! Namun ini tidak bermakna anda perlu tidur secara berlebihan. Kajian juga menunjukkan jika anda tidur melebih 9 jam secara terlentang, ianya akan meningkatkan risiko untuk anda mendapat diabetes dan strok.Jadi untuk menjaga jantung, badan dan otak, anda tidur selama 7-9 jam ye.

Perkahwinan yang tak bahagia
- Pasangan yang sepadan dan hidup bahagia adalah sangat baik untuk jantung. Kajian menunjukkan kalau anda tak bahagia, anda terdedah dengan stress. Bila stress, anda tidak jaga diet, anda tidak mengamalkan gaya hidup sihat. Hormon stress yang berlebihan pun boleh menyebabkan masalah jantung. Jadi kalau ada masalah pasangan, bawa-bawalah berbincang dengan kaunselor atau terapis.

Kesunyian
- Jika anda menghabiskan masa dengan orang tersayang, ianya akan mengurangkan stress. Kesunyian menyebabkan anda lebih tinggi untuk dapat sakit jantung. Jika anda dekat dengan keluarga atau kawan rapat, cubalah berhubung dengan mereka. Atau pelihara kucing. Pemilik haiwan memiliki kesihatan jantung yang lebih baik dan hidup lebih lama juga.

Terlalu lama menonton TV
- Individu yang asik menonton TV tidak bergerak dan sangat berisiko untuk mendapat sakit jantung. Setiap jam anda melihat TV, meningkatkan risiko setinggi 20%. Jadi bawa-bawalah berdiri setiap jam, berhenti seketika TV, regangkan otot selama 5-10 minit.

Terlalu banyak senaman sekaligus
- Senaman bagus untuk kesihatan. Tapi kalau anda baru nak bermula sebab nak dapatkan berat ideal dan jaga kesihatan, mula secara perlahan. Mula perlahan dan tingkatkan senaman secara berperingkat. Jangan sekaligus. Jika anda senam terlalu lama dan terlalu sukar, dikhuatiri ianya boleh menyebabkan masalah jantung. Jadi, mulakan dengan berjalan perlahan dahulu ye.

Jadi anda sudah tahu pelbagai keadaan lain yang boleh menyebabkan masalah jantung kan? Jangan lupa kongsi pada kawan anda agar mereka pun tahu. Semoga bermanfaat.

PHM
 


Tahap Risiko Sakit Jantung​

boss, dalam 2 minggu ni ada 3 kematian disebabkan oleh sakit jantung....kesemua umur baru 40'an...muda belia lagi....boss jgn lupa check tumit....kalau ada pecah2/garis2 tandanya badan tak sihat...kurang vitamin a-z....khikhikhihkihkhihkihkhikih.. :D ..
 
boss, dalam 2 minggu ni ada 3 kematian disebabkan oleh sakit jantung....kesemua umur baru 40'an...muda belia lagi....boss jgn lupa check tumit....kalau ada pecah2/garis2 tandanya badan tak sihat...kurang vitamin a-z....khikhikhihkihkhihkihkhikih.. :D ..

Alhamdulillah
Setakat ni ok lagi tuan 😁
 
FB_IMG_1623561639805.jpg

Kejadian kematian mengejut kerap dikaitkan dengan masalah penyakit jantung di mana jantung berhenti mengepam darah, nutrient dan oksigen keseluruh badan.

Penyakit jantung menjadi pembunuh nombor satu rakyat Malaysia sejak dahulu lagi terutamanya dalam kalangan golongan perokok dan individu yang hidup secara sedentari.

Pada 2018, berlaku peningkatan kematian akibat penyakit jantung sebanyak 35.3% dengan jumlah 18,675 kes berbanding tahun 2017 dengan 13,503 kes.

Golongan yang berisiko perlu peka pada perubahan badan dan tanda-tanda serangan jantung. Dapatkan bantuan dengan segera di klinik atau hospital berdekatan.
 

5 MAKANAN ROSAK JANTUNG ANDA - DR BENI | KPJ DOKTOR JANTUNG​

Penyakit jantung kekal sebagai antara punca utama masalah kesihatan di seluruh dunia. Namun, pengambilan pemakanan yang betul memainkan peranan penting dalam melindungi salur darah dan fungsi jantung anda.

Dalam video ini, kita akan membincangkan 5 jenis makanan terbaik berasaskan sains yang boleh anda amalkan dalam diet harian untuk mengekalkan jantung yang sihat dan bertenaga.

Timestamps:
0:00 Pengenalan
0:20 Makanan 1: Makanan Diproses (Ultra-Processed Food) & Pengganti Sihat
1:24 Makanan 2: Tinggi Garam (Sodium Tersembunyi)
2:34 Makanan 3: Minuman Manis & Refined Carbs
4:08 Makanan 4: Makanan Tinggi Lemak Tepu (Saturated Fat) & Kolesterol LDL
5:24 Makanan 5: Lemak Trans (Trans Fat) – Cara Semak Label Bahan
7:34 Kesimpulan & Konsep Sederhana (Moderation) Untuk Kesihatan Jantung

 
IMG_9409.jpeg


Heart failure sbb terlalu stress
 
Back
Top
Log in Register