BTC USD 81,761.0 Gold USD 4,138.29
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Punca perpecahan dan perbalahan umat Islam?

Masalahnya zaman ini, yang menyeru kembali kepada ajaran Al-Quran dan Sunnah itulah yang dibenci @ disisihkan @ sekurang2nya dipandang pelik semacam ...
 
hipokrit.
yang suruh buat benda baik .merekalah yang dihina .
baik buat donno aje.takdelah orang tuduh nak pecahkan perpaduan umat.
 
Last edited:
Di Malaysia ada Islam UMNO, Islam PAS dan Islam PKR

:D :D

politik pun boleh jadi punca. Biasanya sebab duit dn jawatan melalui politik. Benar dan salah diabaikan.

Taksub dn berbangga bangga dgn kumpulan2 yg diwujudkan pun salah 1 punca.Hingga menafikan kebenaran pihak lain. Patut kita bangga sbagai orng Islam. Apa yg benar kita ambil yg berbeza kenalah sama2 belajar.
 
(PUNCA MASYARAKAT BERPECAH BELAH DALAM ISU AGAMA)

1) Antara alasan yang selalu diberikan dalam masyarakat kita punca agamawan berpecah belah adalah kerana banyak berbahas masalah khilafiah yang telah diselasaikan oleh ulamak silam. Ini tidak tepat sebenarnya, perbezaan tetap akan berlaku,bahkan di dalam mazhab syafie sendiri Imam Mawardi ada berbeza pendapat dengan Imam Nawawi. Imam Ibn Khuzaimah ada berbeza dengan Imam Syafie dalam isu tertentu.Walhal kesemua ini jaguh dalam mazhab syafei.Perbezaan itu tetap berlaku, cuma bagaimana cara kita untuk menghadapinya sahaja.

2) Saya terbaca satu tulisan menulis tentang saf kanak-kanak hendaklah berada di belakang. Beliau mengatakan kanak-kanak hendaklah berada di saf belakang,bukan di hadapan bersama orang dewasa kemudian penulis mengemukan teks dari kitab mazhab syafie.Di awal penulisan dan akhir penulisan beliau, beliau menyatakan pada zaman sekarang muncul orang yang suka menggunakan slogan "bidaah" atau dalam erti kata lain mudah membidaahkan orang. Saya hairan,tulisan ini mengenai saf kanak-kanak, apa kaitannya dengan isu membidaahkan orang.Ini satu tektik baru dalam masyarakat yang saya lihat, mereka akan menakutkan masyarakat agar menjauhi golongan tertentu dengan alasan kononnya golongan tersebut mudah mengkafir dan membidaahkan orang.Walhal ini isu saf kanak-kanak, tidak ada kena mengena dengan isu bidaah.

3) Sama juga isu qunut subuh, kita menuduh kononnya ada pihak mengkafirkan imam yang berqunut subuh dan memecat semua imam yang berqunut. Apabila pihak yang dituduh ini menjawab tuduhan tersebut bahawa mereka tidak memecat pun imam yang berqunut seperti perkara yang viral, akan ada orang komen “mengapa hendak dibincangkan perkara yang telah diselasaikan oleh ulamak silam dahulu, siapa kita hendak dibandingkan dengan mereka.Bincang perkara ini merugikan umat Islam”.

4) Kita marah orang suka bidaahkan isu tertentu,masalahnya sekarang ketika golongan yang kononnya suka bidaahkan orang itu tidak hukum perkara tersebut bidaah, kita pula mencipta cerita tertentu kononnya golongan tersebut suka membidaahkan.Bahkan kita mengatakan pula kononnya mereka itu mudah mengkafirkan orang. Apabila tuduhan tersebut dilakukan, maka pihak yang dituduh pun pasti akan menjawab tentang isu tersebut. Tetapi yang berlaku dalam masyarakat sekarang,apabila pihak yang dituduh menjawab kembali, orang akan komen “Ini punca masyarakat berpecah belah bincang perkara khilafiah, asyik bergaduh berbalah sesama sendiri”. Tetapi yang peliknya, orang yang komen sebegini boleh pula berkongsi artikel yang mengandungi tuduhan tersebut.

5) Kadang-kadang kita tidak sedar, kita lah punca masyarakat berpecah belah.Tetapi kita sibuk menuding jari kepada orang lain.Marilah kita sama-sama bermuhasabah diri. Kita belajar agama untuk mendapat redha Allah, dan hidup bahagia di dunia dan di akhirat.

#adminpageDrRozaimi
 
Back
Top
Log in Register