BTC USD 81,129.1 Gold USD 4,165.56
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Punca Kehancuran Umat Islam

budak20

Fun Poster
Messages
161
Joined
Jan 10, 2009
Messages
161
Reaction score
6
Points
15
Tsauban r.a. berkata; "Telah bersabda Rasulullah S.A.W; " Sesungguhnya Allah S.W.T. telah memperlihatkan kepadaku(peta) bumi secara keseluruhan, aku dapat melihat bumi di sebelah Timur dan Barat. Sesungguhnya kekuasaan umatku akan sampai ke seluruh tempat yang telah diperlihatkan oleh Allah S.W.T. kepadaku".

Sabda Baginda seterusnya;" Kepadaku telah diberikan dua macam perbendaharaan iaitu merah dan putih. Aku telah memohon kepada Allah S.W.T. untuk membantu umatku supaya mereka tidak dibinasakan dengan musim susah yang panjang,dan aku telah memohon kepada Allah S.W.T. supaya mereka tidak dijajah oleh kekuasaan asing selain oleh mereka sendiri, sehingga kekuasaan mereka itu menjadi hancur luluh.

Lalu Allah S.W.T. berfirman; "Ya Muhammad, apabila Aku telah memutuskan suatu putusan, maka putusanKu tidak dapat diubah lagi. Aku perkenankan doamu untuk umatmu, bahawa mereka tidak akan binasa dengan musim susah yang panjang. Dan aku tidak akan menjajahkan kepada mereka suatu kekuatan musuh selain diri mereka sehingga kekuasaan mereka itu menjadi hancur luluh, sekalipun musuh-musuh mereka bersatu mengelilingi, melainkan bila sebahagian mereka membinasakan yang sebahagian dan mereka saling tawan-menawan".

Hadis ini sudah cukup kukuh untuk kita fikirkan kenapa negara Islam berperang sesama sendiri. Dapat kita lihat apa yang berlaku sebelum hingga kini. Bukankah Islam tidak menyuruh membunuh sesama Islam? Bukankah Islam pentingkan persaudaraan?

Kalau lah orang Islam bersatu tidak menyerang sesama sendiri, alangkah indahnya. Insyaallah suatu hari nanti ISLAM akan berdiri megah dan mengegarkan dunia. Dan sebagai peringatan bahawa kita pernah memayungi 2/3 dunia.

Allahu Akhbar!!!
 
Last edited:
Back
Top
Log in Register