eboss
CG Hardcore


- Messages
- 85,650
Paid Membership
- Joined
- Nov 29, 2007
- Messages
- 85,650
- Reaction score
- 1,896
- Points
- 591
GAMBAR menunjukkan Bullock berbogel dalam filem The Proposal
LOS ANGELES - Sepanjang kerjayanya sebagai seorang pelakon, Sandra Bullock tidak pernah melakonkan adegan bogel, lapor sebuah akhbar semalam.
Namun, dalam filem terbarunya, The Proposal, Bullock sanggup berbogel walaupun dia sudah berusia 44 tahun.
Dalam wawancara pada Isnin lepas, Bullock berkata, dia berbogel kerana mahu membantu The Proposal mendapat kutipan box-office.
"Box-office sukakannya, saya akan berbogel dalam setiap filem lakonan saya selepas ini, walaupun ketika berusia 70 tahun," katanya dalam nada berseloroh.
Filem The Proposal yang akan ditayangkan di United Kingdom pada Rabu depan mendapat kutipan tiket lebih AS$34 juta (RM121.2 juta) pada tayangan pembukaan hujung minggu di AS bulan lalu.
Dalam filem itu, Bullock yang berlakon sebagai seorang eksekutif penerbitan memaksa pembantunya, lakonan Ryan Reynolds untuk berkahwin dengannya bagi mengelakkan dia dihantar pulang ke negara asalnya.
Menurutnya, dia bersedia untuk berbogel dalam filem The Proposal selepas membaca skrip dan berpuas hati bahawa adegan itu penting dalam filem tersebut.
"Selepas itu, saya mengunjungi gimnasium untuk bersenam dan mengamalkan diet untuk melangsingkan tubuh saya," jelasnya. - Agensi