combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,187
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,187
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow berucap pada majlis pelancaran Gen. AI Chatbot (ChatMBPP) Majlis Bandaraya Pulau Pinang di Queensbay Mall, Bayan Lepas.
--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA
Kerajaan Negeri Pulau Pinang sedang meneliti pelaksanaan bekerja dari rumah (BDR) bagi penjawat awam susulan cabaran kenaikan harga bahan api, khususnya diesel berikutan krisis di Asia Barat.
Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata bagaimanapun kerajaan negeri akan terlebih dahulu menunggu arahan lanjut daripada kerajaan Persekutuan sebelum membuat sebarang keputusan.
“Pendekatan BDR bukan sesuatu yang baharu kerana ia pernah dilaksanakan ketika pandemik COVID-19 tetapi kita tunggu arahan kerajaan Persekutuan,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Gen Ai Chatbot Majlis Bandaraya Pulau Pinang (CHATMBPP), di sini hari ini.
Beliau berkata pelaksanaan BDR ialah langkah bagi mengurangkan beban kos operasi dan pergerakan harian susulan peningkatan harga petrol dan diesel semasa.
Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan sedang memperincikan pelaksanaan peraturan kerja lebih anjal bagi penjawat awam yang BDR bagi mengurangkan kesan gangguan bekalan minyak dunia berikutan krisis di Asia Barat.
Sementara itu, Chow berkata kenaikan harga diesel semasa turut memberikan kesan tidak langsung sektor kerajaan termasuk pihak berkuasa tempatan (PBT) di Pulau Pinang seperti perkhidmatan pengurusan sisa pepejal yang bergantung sepenuhnya kepada penggunaan diesel.
Beliau menjelaskan trak pengangkut sampah yang beroperasi setiap hari memerlukan diesel bagi memastikan kutipan sisa berjalan lancar mengikut jadual.
“Ada yang tidak boleh menggunakan diesel subsidi dan perlu menggunakan diesel industri, maka dengan lonjakan harga ia akan menjejaskan kontraktor kami dari segi kos,” katanya.
Beliau berkata situasi tersebut berbeza dengan sektor lain yang boleh mengurangkan operasi bagi menampung kos seperti pengendali feri di Pulau Langkawi yang dilaporkan mengurangkan kekerapan perjalanan susulan kenaikan harga diesel.
Pulau Pinang Teliti BDR, Tunggu Arahan Kerajaan Persekutuan - Chow
Chow Kon Yeow, BDR, pertimbang, kerajaan Persekutu