BTC USD 82,433.6 Gold USD 4,194.09
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pulangkan duit kami

مايكل سكوتفيلد

CG Top Poster Club
gem
Messages
25,802
Paid Membership
Joined
May 13, 2007
Messages
25,802
Reaction score
2,197
Points
261
Kota Bharu: Lebih 300 individu yang kerugian kira-kira RM500,000 selepas menyertai skim pelaburan barangan runcit ala pemasaran bertingkat (MLM) anjuran sebuah syarikat di Tunjong, di sini, meminta wang mereka dipulangkan.

Mangsa, Abdullah Mohamad, 62, yang kerugian lebih RM10,000 berkata, dia tertarik menyertai skim yang ditawarkan syarikat itu pada Januari lalu kerana dijanjikan pendapatan bulanan sebanyak RM800.

"Disebabkan saya tidak bekerja, saya mengambil keputusan membuat pelaburan dengan syarikat itu.

"Pihak syarikat menawarkan kerja membungkus makanan ringan hanya dari rumah dan memperoleh pendapatan RM800. Namun, selepas melabur saya tidak mendapat makanan ringan berkenaan.

"Saya beberapa kali ke syarikat itu untuk mengetahui perkembangan sebelum menyedari ditipu apabila wang yang dilabur lesap bersama pemilik syarikat," katanya di sini, hari ini.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kelantan Superintendan Mohamed Zulmazi Che Daud mengesahkan menerima lebih 23 laporan polis berhubung kegiatan yang dilakukan lelaki berusia 40-an itu.

"Polis sedang mengesan lelaki itu untuk siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana memperdaya orang ramai," katanya.
 
Orang kampung aku pun ada yang terjebak benda ni
 
ooo..

biasalah..

kaum layu tu mmg suka kena tipu..
 
Tidak pernah serik..cam mane lah nk bg kesedaran pd org2 kampung terutama nya pasal mlm ni
 
ooo..

biasalah..

kaum layu tu mmg suka kena tipu..

Jangan direct kata sesuatu kaum je kena tipu

Semua bangsa pun pernah kene tipu

Dalam situasi camnie

Jangan gelakkan diorang

Sebaliknya berdoa agar Allah permudahkan diorang

Jangan terkejut kalau kita dok gelak

Last kena balik kat kita beringat la sama
 
Jangan direct kata sesuatu kaum je kena tipu

Semua bangsa pun pernah kene tipu

Dalam situasi camnie

Jangan gelakkan diorang

Sebaliknya berdoa agar Allah permudahkan diorang

Jangan terkejut kalau kita dok gelak

Last kena balik kat kita beringat la sama



setuju...kalu ikut logik...main judi lg nk cepat kaya...
cuma aku pk public awareness kt malaysia masih lg rendah..
 
Jangan direct kata sesuatu kaum je kena tipu

Semua bangsa pun pernah kene tipu

Dalam situasi camnie

Jangan gelakkan diorang

Sebaliknya berdoa agar Allah permudahkan diorang

Jangan terkejut kalau kita dok gelak

Last kena balik kat kita beringat la sama

xgelak pun bro..

aku tulis gitu sebagai peringatan kepada yang lain..

disebabkan carigold.com tumpuan satu bangsa tu.. jadi aku tuju direct pada kaum itu..

mmg biasa aku akan kata kaum yang layu bila ada thread bohsia, rempit, khalwat, dadah dan yang lain2 bangsa melayu champion di bumi Malaysia..
 
Back
Top
Log in Register