BTC USD 82,447.9 Gold USD 4,194.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pulangkan duit kami

Knp la ada yg percaya.. aku skrg ni slow2 dlm usaha nk cantas skim ponzi cryptocurrency..

Aku heran la, diaorg ni x rasa bersalah ker duk kencing org?
 
keje dari rumah.. bungkus kacang butir.. jeng
 
Masuk skim ribabi takpe, jgn makan **** je, marah bani melayu mengamuk satu dunia dia punya marah kat ****
 
MLM - pemasaran bertingkat. okay.
suka sgt skim2 cpt kaya ni.
atau pn yg tukang tarik orang tu pandai ayat.
 
melabur 10000 dapat bulan bulan 800...owner skim dah diberi 10k adeapehal bagi 800 bulan2 duit kau jugak ...lepas berapa bulan lesap daaa..
 
melabur 10000 dapat bulan bulan 800...owner skim dah diberi 10k adeapehal bagi 800 bulan2 duit kau jugak ...lepas berapa bulan lesap daaa..

yg ni aku paling pelik, skim sah2 dah nampak menipu
lepas tu kena tunggu barang sampai kat rumah utk packing...tak paham aku sistem jadahnya mcm ni:D
 
KOTA BHARU – Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah menyangkal dakwaan mempunyai kaitan dengan syarikat ala jualan langsung membungkus makanan yang didakwa menipu ratusan rakyat Kelantan baru-baru ini.

Menurutnya, diakui sebelum ini beliau hadir memenuhi jemputan syarikat tersebut bagi merasmikan bangunan pejabat syarikat itu dan menyampaikan cek kepada ahli mereka yang berjaya.

“Perkara ini tiada kaitan dengan saya. Saya hanya memenuhi jemputan. Saya nasihatkan kepada mereka yang terlibat dengan isu ini untuk tampil buat laporan polis dan biar polis tentukan sebarang tindakan selepas ini.

"Saya tiada kaitan dan tidak tahu menahu, semua dakwaan itu hanya kepentingan politik sahaja, hendak dikaitkan dengan semua benda,” katanya kepada media di sini, hari ini.

Mohd Amar diminta mengulas mengenai dakwaan mengatakan beliau mempunyai kaitan dengan sebuah syarikat yang didakwa telah menipu lebih 1,000 rakyat negeri ini dalam perniagaan perkhidmatan membungkus makanan dari rumah.



Beliau juga turut menasihatkan orang ramai untuk tidak mudah mempercayai sindiket seperti itu sekali gus lebih berhati-hati dalam membuat sebarang pekerjaan untuk mendapatkan rezeki yang halal.
 
Back
Top
Log in Register