BTC USD 61,345.3 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pukul ibu bertubi-tubi guna kasut

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
KUALA TERENGGANU - Seorang anak layak digelar ‘si tanggang’ kerana bukan sahaja tergamak memukul ibunya dengan kasut, malah lebih kejam turut menampar mangsa selepas gagal mendapatkan wang.

Kejadian berkenaan berlaku di Kampung Jalan Sekolah Kebangsaan Chendering, di sini, pagi semalam.

Menurut sumber, dalam kejadian kira-kira jam 11.15 pagi, suspek berusia 21 tahun turut mengacukan sebatang besi ke arah mangsa yang berusia 40 tahun.

Katanya, suspek kemudiannya mengugut akan membelasah ibunya jika mangsa masih berdegil dan enggan menunaikan permintaannya itu.

“Suspek yang memiliki rekod penyalahgunaan dadah seperti dirasuk apabila tergamak memukul ibunya bertubi-tubi dengan kasut dan menampar muka mangsa selepas permintaannya mahukan sejumlah wang tidak diendahkan.

“Tidak cukup dengan itu, dia turut mengambil sebatang besi dan mengacukannya kepada ibunya. Bagaimanapun, mangsa nekad menyelamatkan dirinya walaupun terpaksa menanggung kesakitan ekoran perbuatan suspek," katanya.

Menurutnya, bimbang perkara buruk mungkin berlaku selepas ini, mangsa segera membuat laporan polis di Balai Polis Chendering, di sini, kira-kira jam 12 tengah hari, pada hari yang sama.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner K Manoharan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berkenaan.

Menurutnya, suspek masih belum ditangkap dan usaha memburunya giat dilakukan.



sumber:http://www.sinarharian.com.my/edisi/terengganu/pukul-ibu-bertubi-tubi-guna-kasut-1.135877
 
huh.. chendering.. sebelah kampung amber jer ni... apa la nak jadi... :(
 
Wahai ibu bapa yg punya anak2 yg masih kecil,jdkn brita sbgini sbg teladan.dlm mndidik anak perlu ada ketegasan.jgn dimanja ditimang hinggakn cikgu jeling aje pn dah buat report polis n masuk suratkhabar.pantaulah stiap pgerakn anak2 ,slidiklah rakn2 mereka n jgn benarkn mereka yg dah remaja berada di luar rumah melebihi 8 mlm.
 
kalau mak dia tahu besar nnti nak jadi macam ni kasi lemas awal2 lagi. kecik-kecik tak nak mati bila besar menyusahkan orang..
banana2.jpg
 
sampai hati pukul mak dgn kasut... anak derhaka beb
 
kepala dah tak waras..klo tak sentuh benda tu insyaallah xjadi anak derhaka
 
Bila masalah dadah nak selesai kat Malaysia nih..
 
Irang isap dadah ni dah tak boleh nak bela dah. Otak dah rosak
 
Sebab tue dadah diharamkan, macam nie la, ibu pun dia tak peduli dah nak pukul ke apa, asalnya dadah dapat...

Luqmanul Hakim @ CariGold.com
 
gian menguasai diri.
rokok pon orang ketagih kalo tak isap lama.

ni kan pulak dadah.
 
Back
Top
Log in Register