BTC USD 86,026.3 Gold USD 4,344.58
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Public Mutual hina Islam?

iswarahijau

Super Active Member
Messages
6,060
Joined
Dec 12, 2007
Messages
6,060
Reaction score
44
Points
70
Kawan dpt ni daripada email...mcmana ek pendapat kawan dlm CG ni?

Ini adalah satu seruan untuk menutup semua akaun Public Mutual Unit Trust Fund yang sdra/sdri seIslam miliki.

Apabila Islam sudah tercalar, makin lama orang semakin berani dan ramai orang yang tidak sensitif kepada isu ini. Kiblat sudah ke arah $$$$.

Satu petang, aku pulang ke rumah dari kerja. Ada envelop untuk aku yang aku pasti dari Public Mutual. Selepas meletakkan notebook ke
tempatnya, menyimpan tali leher dan membuka kemeja, aku lalu mencapai envelop tersebut dan duduk di sofa mengadap secawan kopi yang
sudah tersedia. Anak ku yang kedua sedang menonton ti-vi. Yang sulung entah di mana bermain bola keranjang dan yang kembar masih di
sekolah lagi.

Aku buka envelop ini. Memang benar, dari Public Mutual. Satu promosi baru produk mereka. Public Islamic Asia Leaders Equity Fund. Mak
ai..... panjangnya nama fund. Tergeliat lidah!!

articles_02.jpg


Nah...... Di Malaysia sendiri, yang majoritinya orang Islam, perkara ini boleh berlaku. Arah kiblat kita ke Taiwan kah?

Lalu, terus sahaja aku menelefon fund consultant aku, seorang Group Agency Manager.

"Bro.... bla.. bla.... bla.... tak sensitif, bla.... bla..... menghina aku sebagai seorang Islam,.... bla... bla... bla...." aku basuh sikit.

"Bro... apa hal nih Bro...."

"Bro engko ada leaflet promosi Public Islamic Asia Leaders Equity Fund ... bla... bla... bla...... Kiblat ke Mekah.... kiblat ke Taiwan...... "

"So... Aku nak engkau tutup semua sekali account aku. Yang EPF ke EPF, yang cash, biar aku manage sendiri. Tak perlu Public Mutual manage
fund aku." Aku nak your management mintak maaf pada semua orang Islam sedunia. It is not a small matter." balas aku.

Itu pada hari Rabu, 20 Januari 2010. Semalam, aku terima sms. Dia kata sudah explain kat management.

"Bro, tq for ur feedback yesterday. I hv told d management what u told men we r sorry as it' not intentional at all. Again, our apolopgy!" bunyi
sms itu.

"Bro, it is not you but ur mgmt is not sensitive."

"I understand but u r my important client. So tomorrow afternoon petang2 ckit?"

"I have made my stand"

Dan berbalas sms lah aku dengan seorang Islam yang menjadi Group Agency Manager untuk Public Mutual. Aku kecewa teramat sangat bila ini
berlaku.

Sudahlah nama Allah di cemarkan di buletin katolik, ini kiblat orang Islam di arahkan ke Taiwan????

Hari ini, di internet, imej yang sama masih terpampang. Mana sensitiviti mereka?

articles_02.jpg
 
Last edited:
dulu ramai gak yang promote kat aku....
aku letak dalam koperasi tentera dan tabung haji je....
 
laaa...aku x tau le. aku nampak gambar kompas. takde plak tulis kat situ kompas tu tunjuk arah kiblat. aku rasa salah faham jelah nie.
 
pengesahan tidak sah...sila sahkan yang baru...
 
aku rasa kompas tu nak tunjuk gambar negara Asia. Jadi dia tunjuklah timur laut...
 
laaa...aku x tau le. aku nampak gambar kompas. takde plak tulis kat situ kompas tu tunjuk arah kiblat. aku rasa salah faham jelah nie.

kompas tu arah ke china....pelaburan tertumpu ke china...
 
To achieve increased diversification, the fund may invest up to 98% of its Net Asset Value (NAV) in selected Asian markets which include South Korea, China, Taiwan, Hong Kong, Philippines, Indonesia, Singapore, Thailand and other markets. Given the above investment strategy and objective, the Fund is suitable for medium- to long-term investors with aggressive risk-reward temperaments.

itu kenyataan yang aku jumpe...

mane kenyataan yg mengatakan arah kiblat ke taiwan???????????
 
Back
Top
Log in Register