BTC USD 85,894.5 Gold USD 4,314.23
Time now: Jun 1, 12:00 AM

puasa hari arafah

IMG_20230627_004254_961.jpg


PUASA ARAFAH

Umat Islam yang tidak menunaikan ibadah haji, disunatkan untuk melaksanakan puasa sunat pada hari Arafah.

Daripada Abu Qatadah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda, Apabila ditanya tentang puasa pada hari Arafah : “Puasa pada hari tersebut (Hari Arafah) akan menghapuskan dosa setahun yang lalu dan setahun yang akan datang.” (HR. Muslim,1977)

Tarikh Puasa Arafah di Malaysia iaitu pada 28 Jun 2023 (Rabu).
 
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Puasa Sunat Arafah

عَنْ أَبِي قَتَادَةَ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ صِيَامُ يَوْمِ عَرَفَةَ إِنِّي أَحْتَسِبُ عَلَى اللَّهِ أَنْ يُكَفِّرَ السَّنَةَ الَّتِي قَبْلَهُ وَالسَّنَةَ الَّتِي بَعْدَهُ أَهْلُ الْعِلْمِ صِيَامَ يَوْمِ عَرَفَةَ إِلَّا بِعَرَفَة

Daripada Abu Qatadah bahawasanya Rasulullah SAW bersabda: "Puasa hari 'Arafah -saya berharap dari Allah- dapat menghapuskan dosa-dosa setahun sebelumnya dan juga tahun sesudahnya." Para ulama mensunnahkan puasa 'Arafah kecuali jika berada di 'Arafah. (Sunan Tirmizi No: 680) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.Disunahkan berpuasa pada hari Arafah (9hb Zulhijjah) bagi mereka yang tidak menunaikan ibadah haji

2.Orang yang berpuasa pada hari Arafah akan mendapat ganjaran keampunan setahun sebelum dan setahun selepas

3.Ganjaran puasa sunat Arafah seolah-olah berpuasa selama dua tahun.

عَنْ أَبِي قَتَادَةَ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ كَلِمَةً تُشْبِهُ عَدْلَ ذَلِكَ قَالَ صَوْمُ عَرَفَةَ بِصَوْمِ سَنَتَيْنِ وَصَوْمُ عَاشُورَاءَ بِصَوْمِ سَنَة

Daripada Abu Qatadah bahawa Nabi SAW mengucapkan kata-kata yang mirip dengan kesamaannya, ia berkata; Puasa 'Arafah seperti puasa dua tahun dan puasa 'Asyura` sama seperti puasa setahun. (Musnad Ahmad No: 21568)

4.Rasulullah SAW dan para sahabat tidak menunaikan puasa Arafah ketika melaksanakan ibadah Haji, namun boleh sahaja untuk berpuasa.

سُئِلَ ابْنُ عُمَرَ عَنْ صَوْمِ يَوْمِ عَرَفَةَ بِعَرَفَةَ فَقَالَ حَجَجْتُ مَعَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَلَمْ يَصُمْهُ وَمَعَ أَبِي بَكْرٍ فَلَمْ يَصُمْهُ وَمَعَ عُمَرَ فَلَمْ يَصُمْهُ وَمَعَ عُثْمَانَ فَلَمْ يَصُمْهُ وَأَنَا لَا أَصُومُهُ وَلَا آمُرُ بِهِ وَلَا أَنْهَى عَنْهُ قَالَ أَبُو عِيسَى هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ وَقَدْ رُوِيَ هَذَا الْحَدِيثُ أَيْضًا عَنْ ابْنِ أَبِي نَجِيحٍ عَنْ أَبِيهِ عَنْ رَجُلٍ عَنْ ابْنِ عُمَرَ وَأَبُو نَجِيحٍ اسْمُهُ يَسَارٌ وَقَدْ سَمِعَ مِنْ ابْنِ عُمَر

Ibnu Umar RA ditanya tentang puasa Arafah di 'Arafah, dia menjawab, saya pernah melaksanakan haji bersama Nabi SAW dan dia tidak puasa di Arafah, saya juga pernah haji bersama Abu Bakar beliau juga tidak puasa 'Arafah, pernah juga bersama Umar dan dia tidak berpuasa, demikian halnya bersama 'Utsman, beliau juga tidak berpuasa dan saya tidak berpuasa juga tidak menyuruh orang lain untuk berpuasa dan tidak juga melarangnya. (HR Tirmizi No: 682) Status: Isnad Sahih

Marilah kita mengambil kesempatan untuk melaksanakan puasa sunat hari Arafah pada Ahad ini 16hb Jun 2024 bagi kita di Malaysia. Ayuh ingatkan ahli keluarga, jiran dan rakan-rakan kita untuk merebut peluang yang hanya datang setahun sekali. Tahun depan belum tentu kita menemuinya.

#BangunkanJiwaTaqwa
#TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor
#PalestinMerdeka

14hb Jun 2024
07hb Zulhijjah 1445H
 
Maaf nak tanya.
Esok ialah Puasa Sunat Arafah. Hanya 1x dalam setahun.
Kalau ada jemputan majlis kahwin, yang mana kita patut dahulukan?
Kalau puasa sunat 6 Syawal, memang kita perlu dahulukan majlis rumah terbuka sebab ada banyak hari lagi dalam Syawal tu.
 
1000252182.jpg


PUASA SUNAT HARI ARAFAH

Antara puasa sunat yang digalakkan dalam Islam ialah Puasa Zulhijjah termasuklah Puasa Sunat Arafah (9 Zulhijjah).

Daripada Abi Qatadah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda apabila ditanya tentang puasa pada hari Arafah:

Maksudnya: “Puasa pada hari tersebut akan menghapuskan dosa setahun yang lalu dan akan datang.” -Riwayat Muslim-

Jom puasa sunat esok.Jangan lupa ajak kawan-kawan sekali.
 
1000614986.jpg


🌅 Puasa Sunat Arafah
📅 9 Zulhijjah 1446H | 6 Jun 2025 (Jumaat)

💎 Ganjarannya?
Sabda Rasulullah SAW:
"Puasa pada hari itu menghapuskan dosa setahun yang lalu dan akan datang."
(HR Muslim)

🕌 Niat Puasa:
نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ مِنْ يَوْمِ عَرَفَةَ سُنَّةً لِلَّهِ تَعَالَى
“Sahaja aku puasa sunat Hari Arafah esok hari kerana Allah Ta'ala.”
 
Back
Top
Log in Register