BTC USD 83,414.4 Gold USD 4,265.94
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Puasa 6- sapa start hari ini?

posa 6 nie kena berturut2 ke mcm mana ek....aku pun nak try gak nie....:">
x kisah x berturut pun..janji cukup 6 hari bulan syawal..
 
rasa nya boleh selang2 janji dlm bln sywal..

tny yg lg arif la..

Betul tu, boleh selang2 janji dlm bln syawal.
Cuma kalo nk pose ari Jumaat..
Kena pose Khamis ATAU Sabtu..
Tk bleh Jumaat alone..
 
oic...if aku nak posa ari sabtu & ahad tiap2 minggu xpe la kan.aku nie time kerja suka sgt melepak di kedai kopi,kang x leh lepak lak...:p ari ahad ok la dok umah jerk...
 
oic...if aku nak posa ari sabtu & ahad tiap2 minggu xpe la kan.aku nie time kerja suka sgt melepak di kedai kopi,kang x leh lepak lak...:p ari ahad ok la dok umah jerk...

terblk plak..sy sk puasa waktu keja..rs masa cpt sikit..blk dah time nak berbuka..

klau sabtu ahad rs lama je..:">:">
 
terblk plak..sy sk puasa waktu keja..rs masa cpt sikit..blk dah time nak berbuka..

klau sabtu ahad rs lama je..:">:">

aku terus je kasi cukup 6 hari..

x kisah la ari apa pun..
 
bsm.jpg


(Dengan nama Allah, Segala puji bagi Allah, Selawat dan salam ke atas Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam, keluarga, sahabat dan para pengikut Baginda)



Bulan Ramadhan yang baru saja berlalu selain banyak membentuk dan mendidik kita, memberi peluang pula bagi kita merebut pahala berlipat ganda sekaligus meningkatkan keimanan serta ketaqwaan.



Kini dengan tibanya bulan Syawal iaitu bulan kembali kepada fitrah, boleh menjadi pengukur sejauh mana bulan Ramadhan yang baru saja berlalu telah memberi kesan dalam jiwa kita.



Kalau di bulan Ramadhan kita biasanya merebut peluang untuk mengerjakan amalan-amalan sunat seperti sembahyang Tarawih, Witir, bertadarus atau membaca al-Qur’an, bersedekah dan sebagainya, adakah di bulan-bulan selepas Ramadhan kita akan meneruskan amalan tersebut?



Antara amalan-amalan sunat yang menjadi rebutan para salihin di bulan Syawal ini ialah amalan puasa sunat enam. Apakah dia puasa sunat enam itu?



Definisi Serta Fadhilat Puasa Enam



Puasa enam ialah puasa sunat yang dikerjakan sebanyak enam hari di bulan Syawal. Ianya sunat dan lebih afdhal dikerjakan secara berturut-turut di awal bulan Syawal iaitu bermula dari 2 haribulan Syawal, dan boleh juga dikerjakan secara berselang-seli ataupun dikerjakan bukan pada awal bulan Syawal.



Puasa sunat enam ini sangat besar fadhilat serta ganjarannya, diriwayatkan daripada Abu Ayyub Al-Anshari Radhiallahu ‘anhu, beliau telah berkata bahwasanya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

f1.jpg


Maksudnya: “Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan, kemudian diikuti dengan puasa enam hari pada bulan Syawal, adalah (puasanya itu) seperti puasa sepanjang tahun.”

(Hadits Riwayat Imam Muslim)



Mengerjakan puasa sunat sebanyak enam hari di bulan Syawal di samping mengerjakan puasa fardhu di bulan Ramadhan diibaratkan seperti berpuasa sepanjang tahun berdasarkan perkiraan bahawa setiap kebajikan itu dibalas dengan sepuluh kali ganda. Oleh itu disamakan berpuasa di bulan Ramadhan selama 29 atau 30 hari dengan 300 hari atau sepuluh bulan berpuasa dan puasa enam di bulan Syawal itu disamakan dengan 60 hari atau dua bulan berpuasa. Maka dengan itu genaplah ia setahun. Ini diperkuatkan lagi dengan sebuah hadits riwayat Tsauban bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:



f2.jpg


Maksudnya: “Berpuasa sebulan (di bulan Ramadhan itu disamakan) dengan sepuluh bulan berpuasa dan berpuasa enam hari selepasnya (di bulan Syawal disamakan) dengan dua bulan berpuasa, maka yang sedemikian itu (jika dicampurkan menjadi) genap setahun.”

(Hadits Riwayat Imam Al-Darimi)



Apa yang dimaksudkan dengan penyamaan di sini adalah dari segi perolehan pahala iaitu seseorang itu akan mendapat pahala seperti pahala yang didapatinya dari puasa fardhu. Jadi, pahala mengerjakan puasa bulan Ramadhan dan puasa enam adalah sama dengan pahala mengerjakan puasa fardhu sebanyak setahun.[/COLOR][/QUOTE]
 
mak aku start ari nie wife ganti posa :D
 
Back
Top
Log in Register