BTC USD 75,446.5 Gold USD 4,359.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PSU untuk pengguna kelas prestasi

soybean

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
63,243
Paid Membership
Joined
Feb 15, 2009
Messages
63,243
Reaction score
4,135
Points
661

Muhammad Saufi Hassan

[email protected]
msiguu1_1646543390.jpg






Pengeluar perkakas komputer serta jenama permainan terkemuka, MSI memperluaskan portfolio produknya apabila memperkenalkan bekalan unit kuasa atau PSU untuk set desktop 'DIY'.

Set desktop yang dibina secara sendiri mengikut pilihan pengguna sudah menjadi trend pada masa kini sekali gus jenama berkenaan mahu memenuhi keperluan pengguna.

Penyeragaman jenama sudah menjadi trend pada masa kini dan MSI mengorak langkah dengan memperkenalkan satu segmen produk baharu iaitu PSU untuk desktop.

MSI kali ini memperkenalkan PSU mereka di pasaran dengan siri MPG GF yang merangkumi bekalan kuasa bermula 650W, 750W dan 850W.

Pengenalan itu juga melengkapkan barisan perkakasan keluaran syarikat berkenaan serta ia dibuat untuk memberi sokongan bekalan kuasa kepada kad grafik baharu Nvidia iaitu siri 'Ampere'.

Paling mengagumkan apabila siri MPG GF berkenaan didatangkan dengan kefungsian modular penuh dengan pengiktirafan bekalan kuasa 80 Plus Gold untuk kestabilan arus PSU.

PSU siri MPG GF ini didatangkan dengan kabel nipis sekali gus memudahkan pengguna untuk melakukan kemasan di dalam desktop.

MSI memberi jaminan 10 tahun untuk siri PSU MPG GF dan ia dilengkapi dengan kapasitor buatan Jepun keseluruhannya.
 
Back
Top
Log in Register