BTC USD 116,947 Gold USD 3,358.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pengguna iPad Air Mengadu Tentang Kualiti Binaan Gen-5, Dapat Rasa Bateri

soybean

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
63,240
Paid Membership
Joined
Feb 15, 2009
Messages
63,240
Reaction score
4,135
Points
661
Awards
1
ipad-air-5th-2022.jpeg


iPad Air generasi ke-5 dilancarkan beberapa hari lalu dan antara pembaharuan dibawakan ialah sokongan rangkaian 5G, menggunakan cip M1 dan pilihan warna baharu.

Namun, banyak pengguna di laman sosial seperti Reddit mula dibanjiri dengan pengalaman buruk menggunakan iPad generasi terbaru ini.

Adu mereka, kualiti binaan pada generasi kali ini sangat rendah seperti penggunaan aluminium yang nipis sekaligus pengguna dapat berasa lompong pada tubuhnya. Bukan itu sahaja, bunyi berderit (creaking) juga dihasilkan akibat binaan yang jelas tidak kukuh ini.

reddit-ipad-5-complain.png


Selain itu, sesetengah pengguna juga berkata hanya dengan memegang bahagian belakang peranti, mereka dapat merasakan komponen dalaman seperti bateri dan lain-lain.

Tidak pasti apakah Apple cuba menjimatkan kos dengan menggunakan aluminium yang lebih nipis, masalah bekalan bahan atau isu dengan proses aluminium yang dicat biru tetapi ia agak teruk kerana pengguna awam boleh mengesannya.

Anehnya, terdapat juga pengguna yang menggunakan warna ungu dan kelabu melaporkan iPad mereka tidak mempunyai masalah tersebut seperti dikongsi pengguna yang membeli iPad berwarna biru.

Tambah pula, seperti ini tidak dapat diselesaikan dengan hanya kemas kini iOS. Ada individu mengakui telah mendapatkan unit gantian tetapi masalah yang sama tetap muncul. Sama-sama kita nanti tindakan Apple seterusnya.
 
Sponsored Post

Sponsored Post

CG Sponsors




Back
Top
Log in Register