BTC USD 60,726.0 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PSMZA berbakti di Tumpat

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
image.jpg


Pelajar Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, Terengganu menyertai misi sukarelawan membaik pulih makmal komputer di SK Palekbang, Tumpat, Kelantan baru-baru ini. UTUSAN/EZZUAN AHMAD​

DUNGUN 24 Mac - Seramai 70 sukarelawan Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA) baru-baru ini mengerakkan pelbagai usaha bantuan pasca banjir di Tumpat Kelantan. termasuk membaik pulih makmal komputer di Sekolah Kebangsaan (SK) Palekbang.

Kegiatan yang dijayakan di bawah Program Sekolah Angkat Politeknik Pasca Banjir, 1Politeknik 1Sekolah (1P1S) Kementerian Pendidikan itu bagi membantu memulihkan prasarana sekolah agar proses pengajaran dan pembelajaran tidak terjejas.

Kerja-kerja baik pulih merangkumi sistem rangkaian internet, penyelenggaraan komputer dan pendawaian elektrik dalam makmal dilakukan pelajar PSMZA di bawah penyeliaan pensyarah dalam bidang masing-masing.

Menurut Pengurus Program, Yaswadi Mat Yasim, mereka yang terlibat terdiri daripada pelajar Jabatan Kejuruteraan Elektrik (JKE), Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (JTMK) serta Jabatan Kejuruteraan Awam (JKA).

“Mereka membuat pemeriksaan dan membaiki sistem pendawaian elektrik makmal dan membaik pulih sistem rangkaian internet supaya dapat berfungsi semula manakala sebahagian pelajar pula bergotong-royong mengecat bangunan makmal.

“Pelajar-pelajar yang melaksanakan kerja-kerja tersebut diselia oleh beberapa orang pensyarah dalam bidang masing-masing, dan dalam masa tiga hari makmal komputer berjaya diselenggara dan dapat beroperasi semula,” jelas beliau ketika ditemui baru-baru ini.

Menurut Yaswadi lagi, pada masa yang sama beberapa orang pelajar dan pensyarah melaksanakan kursus membaiki komputer kepada belia di Sekolah Kebangsaan (SK) Padang Pohon Tanjung di samping program motivasi kepada murid-murid di bawah kendalian pensyarah dan pegawai dari Unit Kaunseling dan Psikologi PSMZA.

“Seramai 20 pelajar lagi membuat kerja baik pulih pendawaian elektrik melibatkan 16 buah rumah penduduk yang turut terjejas banjir di Kampung Pasir Pekan Hilir.

Sementara itu, Pengarah PSMZA, Mohd. Pauzi Ibrahim berkata, melalui program ini pelajar dapat mempraktikkan apa yang dipelajari di bilik kuliah, di samping dapat berbakti kepada pihak yang memerlukan dengan kemahiran yang dimiliki.

“Program tanggungjawab sosial korporat yang dijalankan ini merupakan medium terbaik bagi menambah pengetahuan serta mendedahkan pelajar dengan kerja-kerja amal serta khidmat kepada masyarakat.

“Program ini juga merupakan satu proses pembelajaran di luar bilik kuliah yang mampu membina jati diri pelajar,” kata beliau.
 
Back
Top
Log in Register