boleh tuan terangkan sikit bebrapa perkara dari offer tuan tu,
i) penyakit kritikal tue penyakit yg macam mn ek
ii) apa maksud parent income?
iii) contributor?
iv) parent contributor?
v) apakah boleh untuk kita naikkan saving yg dianggarkan menjadi RM 50K....
vi) memang untuk cover polisi anak tue sehingga 18 tahun sahaja yea
Terima kasih kerana mengajukan soalan.
i) Penyakit kritikal yang masuk dalam polisi ada 36 jenis.
1. Serangan Penyakit Jantung
2. Penyakit Arteri Koronari Yang memerlukan Pembedahan
3. Strok
4. Kanser
5. Kegagalan Ginjal (Buah Pinggang)
6. Penyakit Kelumpuhan /Paraplegia
7. Pemindahan Organ Utama
8. Sklerosis Pelbagai / Berbilang
9. Hepatitis Virus Fulminan
10. Hypertensi Arteri Pulmonari Utama
11. Koma
12. Buta
13. Penggantian Injap Jantung
14. Pembedahan Aorta
15. Penyakit Alzheimer
16. Hilang Pendengaran / Pekak
17. Hilang Percakapan
18. Kebakaran Parah
19. Penyakit Membawa Maut
20. AIDS Disebabkan Pemindahan Darah
21. Penyakit Motor Neuron
22. Penyakit Parkinson
23. Penyakit Hati Kronik
24. Penyakit Paru-paru Kronik
25. Anaemia Aplastik
26. Distrofi Otot
27. Poliomielitis
28. Meningitis Bakteria
29. Tumor Otak Benigna
30. Eusefalitis
31. AIDS Termanifestasi Sepenuhnya (Full Blown AIDS)
32. Lain-lain Penyakit Koronari Arteri Yang Serius
33. Pembedahan Otak
34. Sindrom ‘APPALIC’
35. Kecederaan Kepala Utama
36. Kehilangan Anggota Badan
ii) Parent income : Jika parent (ibu atau bapa, bergantung kepada siapa yang tertulis dalam polisi) ditakdirkan kena sakit kritikal, hilang upaya kekal atau kematian, anak akan dapat elaun bulanan sehinggalah umurnya 25 tahun.
iii) Contributor: Jika anak atau orang yang dilindungi insurans itu kena salah satu penyakit kritikal atau hilang upaya kekal, polisi akan menjadi percuma sehinggalah polisi matang (25, 80 atau 100 tahun bergantung tempoh yang kita ambil) atau meninggal dunia yang mana terlebih dahulu.
iv) parent contributor: Sama seperti contributor, tetapi musibah menimpa ke atas parent (ibu atau bapa, bergantung kepada siapa yang tertulis dalam polisi). Polisi menjadi percuma sehingga anak berumur 25 tahun sahaja.
v) untuk menaikkan savings sehingga RM 50k, boleh tambah rider Takaful Saver. Takaful Saver merupakan dedicated investment account. Sebagai contoh, premium bulanan RM 200. RM 100 untuk protection account seperti contoh sebelum ini, dan lagi RM 100 untuk investment account (Takaful Saver) dimana 100% dari RM 100 ini digunakan untuk pelaburan. Jumlah simpanan bergantung juga kepada keadaan pasaran saham dan ekonomi semasa sama seperti Unit Trust.
Tapi untuk mendapatkan simpanan sebanyak RM 50k dalam tempoh sehingga anak berumur 18 tahun atau 25 tahun, jumlah premium untuk Takaful Saver kena besar juga. Cuma kelebihan Takaful Saver ini, boleh attach rider Takaful Saver Contributor. Sama seperti contributor, simpanan ini akan diteruskan oleh Prudential dan kita tak perlu bayar apa2 pun jika kita disahkan menghidap salah satu penyakit kritikal atau hilang upaya kekal sehingga polisi matang atau meninggal dunia yang mana terlebih dahulu.
vi) Polisi untuk anak kita ada option untuk cover sehingga anak berumur 25 tahun, 80 tahun atau 100 tahun. Tetapi ada setengah rider hanya untuk tempoh sehingga anak berumur 25 tahun seperti Parent Contributor.
Semoga dengan ini dapat menjawap persoalan Lilin.
