BTC USD 82,468.8 Gold USD 4,171.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Prudential BSN Takaful

dekkulim

Freshie
Messages
30
Joined
May 23, 2012
Messages
30
Reaction score
0
Points
11
saya adalah wakil daripada Prudential BSN Takaful.
memperkenalkan produk kad rawatan (Takafulink)

Nama produk: PruBSN Link (Pelan 3 dalam 1)
- Pelan 3 dalam 1 : Kad Rawatan + Perlindungan + Simpanan (Pelaburan)

Kad Rawatan:
1- Kad Perubatan Bernilai (RM 500,000 - RM 2.5 juta)
- panel hospital swasta, dan claim pantas dan efisien
- masuk hospital cuma tunjuk kad rawatan (tak perlu risau mengenai kos rawatan lagi)
2- Elaun Wad sehingga RM 400/sehari
3- Pampasan MC sehingga 52 minggu
4- Harga bilik yang tinggi - bermula RM150 hinggan RM600 semalam
5- Perlindungan 24 jam di lebih 60 hospital panel
7- Bantuan kecemasan dalam dan luar negara
8- Rawatan pesakit luar (boleh claim drp kad rawatan):
a- Claim bil klinik sebelum masuk hospital (30 hari)
b- Claim bil rawatan susulan selepas keluar hospital (90 hari)
c- Penjagaan jururawat di rumah
d- Rawatan barah
e- Dialisis buah pinggang
f- Kemalangan

Manfaat Perlindungan:
1- Pampasan kematian
2- Pampasan hilang uapaya kekal
3- Pampasan kemalangan - pampasan bagi pesakit luar (kemalangan sahaja)
4- Pampasan 36 penyakit kritikal
5- Elaun harian wad & ICU (dibayar elaun jika masuk wad)
6- Elaun pembedahan
7- Elaun tahunan hilang upaya
8- Elaun tahunan penyakit kritikal
9- Pengecualian sumbangan (tidak perlu bayar polisi):
a- Mengidap salah satu drp 36 penyakit kritikal
b- Hilang upaya kekal (Pasangan atau ibubapa)
- ibubapa jika membayar untuk anak-anak
c- Kematian (Pasangan atau ibubapa)

Simpanan dan pelaburan:
1- Pelaburan berlandaskan syariah
2- Kadar pulangan yang tinggi (sehingga 15% setahun)(
3- Pelaburan untuk dana persaraan
4- Pelaburan untuk dana pendidikan anak anda
5- Bonus (sehingga RM700)

Produk Insuran Hayat + Simpanan serendah RM50 - sesuai untuk kanak-kanak.

Sekian.
 
tolong terangkan bab pelaburan tu dgn lebih detial pd saya boleh ?

contoh saya mencarum insurans premium 300 ringgit sebulan . cukup setahun , bagaimana cara pembayaran pelaburan tersebut dan perkiraannya bagaimana ?

paling rendah berapa percent dan plg tinggi berapa percent pembayaran dividen peryear ?
 
untuk produk takaful nie, seseorang itu perlu ada polisi asas (Takafulink) dan diikuti manfaat tambahan (seperti simpanan dan sebagainya)
Pada asasnya, semua polisi sudah disertakan dengan simpanan, tetapi ianya boleh ditambah dengan manfaat Takaful Saver.

Syarat untuk keluarkan duit daripada akaun simpanan adalah mudah. Pencarum boleh keluarkan duit apabila dalam akaun dah ada RM1000; sebagai contoh:
- jika akaun dah ada RM1500, jadi RM500 boleh dikeluarkan.

Mengenai pengiraan, kami membuat pengiraan menggunakan tool (system) yg disediakan oleh pihak Prudential.


berkenaan soalan saudara, produk nie adalah 3 dalam 1, iaitu:
- kad rawatan + insuran hayat + simpanan (pelaburan)

sebagai contoh, saya buat pengiraan seperti di bawah:

- anggaran umur: 31 tahun (umur pd tahun depan)
- pekerjaan: pejabat (kelas 1)
- jantina: lelaki
- merokok: ya (andaian saja)

pakej nie mesti ada raider, iaitu pakej asas yg melibatkan pemegang polisi Prudential Takaful. Jadi saya buat quotation seperti berikut:

Utk pakej kad rawatan
- Perlindungan asas: RM30,000
- Perlindungan kematian atau hilang upaya disebabkan kemalangan: RM20,000
- Kad perubatan: Plan TH2 - had limit sepanjang hayat: RM500,000
had setahun: RM50,000
- Elaun wad: RM150 sehari
- Harga bilik wad: RM150
- Sumbangan: Ada (polisi jadi free jika kena penyakit kritikal/hilang upaya kekal)
- Simpanan: RM150
- Sumbangan simpanan: Ada (simpanan akan disambung oleh Prudential BSN jika kena penyakit kritikal/hilang upaya kekal)
- Jumlah pelaburan pada umur 55 tahun: RM116,702 (pada kadar anggaran Bank Negara Malaysia 9% setahun)
nota: Jumlah pelaburan RM116,702 ini adalah tidak tetap, ia berubah mengikut kadar pulangan pelaburan. Maksudnya, kadar dividen boleh tinggi drp 9%.


untuk pakej kedua: tanpa kad rawatan.

sebagai contoh, saya buat pengiraan seperti di bawah:

- Perlindungan asas: RM60,000
- Perlindungan Penyakit Kritikal: RM20,000
- Perlindungan kematian atau hilang upaya disebabkan kemalangan: RM50,000
- Kad perubatan: tiada
- Elaun wad: RM200 sehari
- Harga bilik wad: tiada
- Sumbangan: Ada (polisi jadi free jika kena penyakit kritikal/hilang upaya kekal)
- Simpanan: RM200
- Sumbangan simpanan: Ada (simpanan akan disambung oleh Prudential BSN jika kena penyakit kritikal/hilang upaya kekal)
- Jumlah pelaburan pada umur 55 tahun: RM133,594 (pada kadar anggaran Bank Negara Malaysia 9% setahun)
nota: Jumlah pelaburan RM133,594 ini adalah tidak tetap, ia berubah mengikut kadar pulangan pelaburan.


Takaful Fund report:
https://www.prubsn.com.my/bm/download.php?id=40&l=bm

Takaful Fund fact:
https://www.prubsn.com.my/download.php?id=6
 
lagi kelebihan Prudential BSN Takaful.

Ramai yg bercerita mengenai had limit tahunan setakat RM50,000 sahaja....tapi, tahukah anda, had limit tahunan ini boleh ditambah jika pemegang polisi memerlukan dana tambahan. Maknanya had tahunan boleh jadi lebih drpd RM50,000. Cuma perlu akaun drpd doktor.

Tambahan boleh dilakukan selagi had sepanjang hayat masih ada.
Ingat!!
Had sepanjang hayat paling rendah RM500K dan setinggi RM2.5 juta...bayar tinggi..dapat had tinggi.
 
apakah ko-takaful?

aku pasti ramai yg pernah dengar pasal ko-takaful nie, cuma mungkin ada yang tak berapa faham macamana ko-takaful berfungsi.

kat sini aku nak citer skit pasal ko-takaful nie...harap-harap dapat menambah ilmu di dada :D

Ko-takaful ialah perkongsian pembayaran untuk kos-kos hospital. Pelanggan akan menanggung sebahagian kecil dari kos hospital yang dikenakan. Jumlah yang perlu dibayar adalah 10% drpd jumlah kos hospital. Jumlah 10% ini pula, cuma merangkumi daripada RM300 hingga RM1000.

ko-takaful = RM300 hingga RM1000
10% daripada kos perubatan:
a- Jika nilai 10% ko-takaful > RM300 = tidak perlu bayar apa-apa.
b- Jika nilai 10% ko-takaful == RM300 >= RM1000 = perlu bayar jumlah ko-takaful tersebut.
c- Jika nilai 10% ko-takaful < RM1000 = perlu bayar jumlah ko-takaful RM1000.

Pengiraan ko-takaful adalah seperti berikut:

- Kos perubatan RM2,500.00, 10% daripada RM2,500 adalah RM250. Tiada kos ko-takaful perlu dibayar, sebab RM250 tidak cukup syarat ko-takaful.

- Kos perubatan RM5,000.00, 10% daripada RM5,000 adalah RM500. Kos ko-takaful yang perlu dibayar adalah RM500 sahaja. Selebihnya dibayar oleh Prudential BSN Takaful.

- Kos perubatan RM15,000.00, 10% daripada RM15,000 adalah RM1500. Kos ko-takaful yg perlu dibayar adalah RM1000.

- Kos perubatan RM45,000.00, 10% daripada RM45,000 adalah RM4,500. Kos ko-takaful yg perlu dibayar adalah RM1000.
Kita masih untung sebab tak perlu bayar beribu-ribu ringgit.

Jadi...janganlah isu ko-takaful ini dijadikan penghalang untuk anda memilih PrudentiaBSN Takaful. Anda perlu lihat pada kadar jumlah perlindungan yang diberikan.


- Jumlah had sepanjang hayat bermula RM500,000 (RM500 ribu) *.
- Jumlah had tahunan bermula RM50,000 (RM50 ribu) *.
- Elaun bilik sehingga RM600 sehari *.
- Tiada had untuk rawatan pesakit luar **.
- Polisi boleh jadi Percuma ***

* Bergantung kepada pakej yang dipilih.
** Selagi had sepanjang hayat masih ada.
*** Jika mengalami penyakit kritikal ATAU hilang upaya kekal
:)
 
kenapa perlukan perlindungan takaful..?

perlindungan akibat musibah.

nak perlindungan daripada musibah..? musibah yang macam mana..?
musibah kat sini maksudnya perkara yang terjadi tanpa dijangka...macam kemalangan dan sakit.

kemalangan.
memang la kita semua nak elakkan perkara yang macam ni, tapi ada masanya tak dapat nak dielakkan. bagi kemalangan yang kecil, mungkin cuma ada calar-calar, lebam-lebam badan dan patah. tapi macamana kemalangan yang berat..? kesan mesti la lebih berat...macam koma, hilang anggota badan, buta, lumpuh dan sebagainya.

kalau dah koma, hilang anggota badan, lumpuh...macamana nak kerja lagi. kalau dah tak kerja, macamana nak tanggung makan-minum diri sendiri dan keluarga? macamana nak bayar hutang kereta, rumah, pinjaman..dan banyak lagi laaa nak guna duit.

macamana takaful boleh membantu kat sini..? pampasan yang diberikan tu boleh digunakan:-
- bayar hutang (kereta, pinjaman)
- gunakan untuk kos seharian (makan, bil-bil bulanan)
- untuk rawatan (rawatan susulan, rawatan tradisional)

kematian.
ajal maut di tangan tuhan...kita memang tak dapat nak tentukan bila kita akan meninggal dunia. tapi, apa persediaan kita untuk ahli keluarga yang ditinggalkan..? bagaimana pulak dengan hutang-hutang kita..?
sekiranya berlaku kematian, pampasan yang diterima boleh digunakan untuk membayar hutang anda..dan selebihnya untuk menampung kos-kos harian beserta kos pendidikan anak-anak anda.

kemalangan ni bukan kat jalan raya saja, dalam rumah pun boleh jadi kemalangan.

serendah RM50 sebulan, anda layak untuk mendapatkan perlindungan hayat dan simpanan.
 
Apakah maksud Takaful?

Takaful mengikut definisinya ialah pakatan satu kumpulan untuk saling jamin-menjamin dan tolong - menolong dalam bentuk material antara satu sama lain atau di antara kumpulan, dalam saat-saat ditimpa malapetaka. Perjanjian ini juga menetapkan setiap pihak telah memberi persetujuan terlebih dahulu mengenai bentuk sumbangan yang kelaknya akan dimanfaatkan untuk kepentingan bersama. Skim Takaful berasaskan sistem perundangan Islam (Syariah) yang menggabungkan konsep saling bekerjasama, lindung-melindungi dan saling bertanggungjawab dan dilaksanakan secara bersepadu. Ini menampilkan keindahan Islam itu sendiri di mana sistem takaful ini dianggap lebih praktikal berbanding dengan insurans konvensional yang tidak dibenarkan di dalam Islam. Idea untuk mewujudkan sistem takaful ini lahir daripada masyarakat Islam yang ingin menghayati kehidupan berdasarkan perundangan Islam.

Kesedaran ini juga bersemarak melaluli gerakan yang dipelopori oleh 'Mujaddid' Islam (reformist) di abad ke sembilan belas dan abad ke dua puluh yang menekankan bahawa Islam itu bukan sahaja mencakupi peraturan dan prinsip-prinsip yang melibatkan ibadah dan 'munakahat' (perkahwinan ), tetapi merupakan satu cara hidup yang lengkap (nizamul hayah) termasuklah yang melibatkan transaksi perniagaaan.

Konsep insurans konvensional masih belum mendapat persetujuan menyeluruh daripada para ulama samada ianya adalah halal ataupun haram. Memandangkan insurans konvensional yang diamalkan sekarang tidak wujud semasa zaman Nabi Muhammad S.A.W. 'ijtihad' digunakan untuk menentukan samada insurans adalah halal atau sebaliknya.

Lagi mengenai Takaful: http://ms.wikipedia.org/wiki/Takaful
 
Back
Top
Log in Register