BTC USD 76,586.2 Gold USD 4,362.61
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PRU15: Kempen hari kedua di Kelantan lancar

rinoa99

Legendary Member
gem
Messages
19,483
Joined
Jun 5, 2022
Messages
19,483
Reaction score
2,596
Points
261
Oleh Nor Fazlina Abdul Rahim- November 6, 2022 @ 4:35pm
[email protected]
Foto hiasan NSTP
Foto hiasan NSTP



AMPANG: Datuk Zuraida Kamaruddin yakin Parti Bangsa Malaysia (PBM) boleh menjadi penentu dalam pembentukan kerajaan jika ada calonnya menang kerusi Parlimen ditandingi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Penyandang kerusi Parlimen Ampang yang akan mempertahankan kerusi berkenaan, berpandangan tiada satu pun blok parti politik mampu memperoleh majoriti mudah 112 kerusi di Dewan Rakyat untuk menubuhkan kerajaan.

"Saya berpandangan dalam keadaan sekarang, tiada satu pun parti politik akan mendapat majoriti 112 untuk membentuk kerajaan sendiri. Jadi saya nak bergabung jadi kerajaan kerana saya sudah empat tahun pengalaman jadi menteri dan mampu melakukan tugas itu," katanya.

Ketika ditemui media pada sesi santai anak muda Lembah Jaya, di sini hari ini, Zuraida yang juga presiden pengganti PBM, berkata fokus kempennya antara lain adalah memperkenalkan PBM kepada pengundi Parlimen Ampang yang majoritinya belum mengenali logo parti baharu itu.

DISYORKAN UNTUK ANDA


"Saya kena beri penerangan kepada pengundi supaya mereka faham bahawa logo ini (PBM) adalah saya," katanya yang turut menyantuni penduduk menerusi lawatan ke pasar di Pekan Ampang dan Kampung Datuk Mufti, sebelum bersarapan dengan penduduk di Taman Sri Watan.

Ditanya perbezaan berkempen sekarang dengan ketika beliau masih bersama PKR, Zuraida berkata, pengundi sekarang melihat kepada individu dan bukannya parti.


"Saya ada pengalaman di bawah tiga perdana menteri, 10 tahun menjadi ahli Parlimen dan kemudian empat tahun menjadi menteri. Saya rasa cukup pengalaman saya," katanya yang menang pada PRU14 atas tiket PKR sebelum keluar parti itu dan menyertai BERSATU.

Bekas Naib Presiden PKR itu yang menyandang kerusi Parlimen Ampang sejak 2008 kemudian menyertai PBM bersama beberapa Ahli Parlimen lain.

Zuraida dicabar Ketua Beliawanis MCA, Ivone Low Yi Wen mewakili Barisan Nasional (BN), Rodziah Ismail (Pakatan Harapan), Sasha Lyna Abdul Latif (Perikatan Nasional) dan Nurul Ashikin Mabahwi (Pejuang).

Turut bertanding, Lai Wai Chong (Parti Warisan Malaysia) dan tiga calon bebas, Muhammad Shafiq Izwan Mohd Yunos, Tan Hua Meng serta M Raveendran.
 
Back
Top
Log in Register