BTC USD 59,524.0 Gold USD 4,322.41
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Provokasi terhadap umat Islam

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg


Rahimin menunjukkan sebahagian buku kulit hitam yang ditemui orang ramai di Jasin, Jumaat lalu.
MELAKA - Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) menganggap tindakan pihak tertentu menyebarkan serta meletakkan beberapa buku 'My Kitab' di beberapa lokasi awam di Jasin sebagai sebagai satu provokasi terhadap umat Islam.

Ketua Pegawai Penguatkuasa Jaim, Rahimin Bani berkata, tindakan sedemikian juga boleh menimbulkan kebimbangan serta prasangka perpaduan di kalangan masyarakat berbilang kaum.

"Buku-buku berkenaan ditemui di kedai makan, perhentian bas dan juga di beberapa pondok kosong di tepi jalan sepanjang kawasan Chabau hingga ke Simpang Bekoh.

"Perkara ini sekiranya dibiarkan, dibimbangi akan menggugat keamanan negara kita dan kita khuatir masyarakat awam akan bertindak lebih tegas sehingga menimbulkan kekacauan," katanya.

Justeru, Rahimin meminta pihak berkenaan menghentikan penyebaran risalah serta buku- buku tersebut.

Beliau berkata, kejadian tersebut berlaku pada Jumaat lepas selepas dihubungi orang awam pada jam 7 pagi dengan menyatakan menemui beberapa buah buku yang kulit luarnya berwarna hitam tanpa judul.

“Bila dibuka pada bahagian dalamnya tertera tajuk My Kitab dan buku berkenaan yang dicetak dalam bahasa Malaysia. Saya telah minta pengadu supaya mengumpulkan buku-buku terbabit.

“Pemeriksaan yang dilakukan menemui beberapa buah buku termasuk yang ditemui oleh orang awam serta pihak JKKK menjadikan penemuan keseluruhan 38 naskhah,” katanya.

Kata Rahimin, kes berkenaan akan disiasat di bawah Enakmen Kawalan dan Sekatan, Pengembangan Agama Bukan Islam kepada Orang Islam 1988.

Beliau turut mengingatkan orang ramai terutama JKKK dan supaya sentiasa berwaspada dengan sebarang kegiatan seperti penyebaran risalah berkaitan ajaran yang bertentangan, fahaman ekstrem dan juga ajaran Syiah


sumber:http://www.sinarharian.com.my/edisi/melaka-ns/provokasi-terhadap-umat-islam-1.543243
 
mykitab ni ajaran agama apa
 
senang tul kasi terpengaruh...slalu sgt tgk rancangan hiburan dan buat joget lambak..
 
senang tul kasi terpengaruh...slalu sgt tgk rancangan hiburan dan buat joget lambak..


:D

Ramadhan yg lepas, bila Gereja buat Iftar, ramai yg memuji Konon ini satu bentuk perpaduan.. :))


Saya tak salahkan pihak gereja (Kristian)
Sebagai manusia yg baik..dan dia rasakan kristian betul, dan dia nak bagi baik kpd org Islam( sebab pada depa..org Islamlah yg tersesat)

Org kristian akan guna segala cara utk mengajak kepada kristian.


Cth Majlis Iftar tu paling mudah!

Mereka tak perlu susah payah cari dan pergi kepada org Islam.

Mereka just "Tabur dedak" :p eh..buat Iftar..dan Umat Islam berduyun datang kepada gereja :p


Semua pun pandang baik, sebab mereka dikatakan IKLAS dan DEMI PERPADUAN !


Begitu juga..Arahan gereja..menggallakan mereka mengucapkan selamat aidilfitri..demi perpaduan..dan balasannya nanti..pastu DEMI PERPADUAN juga umat Islam akan ucap Merry xmas di hari Xmas nanti..

Demi perpaduan kita menyatakan redho kita pada ajaran xmas (Kristian)


SELAMAT PERPADUAN UTK SEMUA YA :D :D :D
 
Org islam ni kalau terpedaya dgn kristian sebab bible.. mmg betul2 lemah islam depa.

Bible tu dgn kitab tak logik.. dgn ada porno dgn ada quote atas quote.. dgn modification.. masih ada org nak caya.. mmg bo.do betoi la.
 
Back
Top
Log in Register