BTC USD 65,617.5 Gold USD 4,434.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Proton selepas MAS

Viere

CG Top Poster Club
gem
Messages
26,579
Joined
Aug 8, 2008
Messages
26,579
Reaction score
179
Points
123
ek_01.1.jpg

Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir melekat pelekat Kempen Keselamatan Proton 1Malaysia di Shah Alam, semalam.


SHAH ALAM 12 Ogos - Proton Holdings Bhd. bersikap terbuka terhadap sebarang bentuk perkongsian strategik bagi faedah industri automotif Malaysia, kata Pengarah Urusan Kumpulan, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir.

"Apa yang penting bukan bagi Proton tetapi bagi industri, yang amat strategik dan dianggap sebagai satu daripada komponen paling penting dalam sektor pembuatan.

"Kami memang bekerjasama dalam operasi kami seperti pembangunan vendor dan penyumberan bersama bahan mentah. Tetapi untuk melaksanakan sesuatu seperti Malaysia Airline, ini sebenarnya terserah kepada kerajaan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada Proton dan Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (Perodua) sedang menimbang untuk bekerjasama.

Pada Selasa, AirAsia dan MAS mengumumkan bahawa kedua-duanya telah memeterai satu rangka kerja kolaborasi menyeluruh yang merangkumi pertukaran saham besar-besaran dan perjanjian kerjasama untuk meneroka peluang bagi kerjasama dalam pelbagai bidang.

Sementara itu, Syed Zainal Abidin, yang sebelum itu melancarkan Kempen Keselamatan 1Malaysia Proton, berkata syarikat itu menjangka momentum jualan yang lebih baik dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini akan berterusan hingga ke enam bulan kedua, didorong oleh keyakinan pelanggan dan permintaan yang semakin meningkat.

Proton menjual 74,519 unit dalam enam bulan pertama dan meraih semula kedudukannya sebagai pembuat kereta paling laris di negara ini dengan mengatasi jualan pesaingnya, Perodua, yang berjumlah 62,584 unit.

Beliau berkata pembuat kereta nasional itu yang menjual 157,274 kenderaan tahun lepas berada pada landasan kukuh untuk mencapai jualan yang empat hingga lima peratus lebih tinggi tahun ini meskipun dengan pelaksanaan pindaan kepada Akta Sewa Beli 1967 yang sebelum ini melembapkan jualan.

Ditanya sama ada syarikat itu boleh mengatasi keseluruhan jualan Perodua dalam enam bulan kedua, beliau berkata: "Menjadi nombor satu bukanlah matlamat kami. Keutamaan kami ialah memperkenal model-model terbaik dalam pasaran dan menyediakan perkhidmatan yang bagus."
 
sbb boleh potong produa sbb pgluaran produa terjejas sbb tsunami kt jepun..kalu tdk...jgn hrp ler
 
pakat dok jual saham ni. takdo duit da ke?
 
sbb boleh potong produa sbb pgluaran produa terjejas sbb tsunami kt jepun..kalu tdk...jgn hrp ler

Ingat produa je ada vendor/supplier dari jepun... then PROTON tak ada barang dari jepun??
 
Tapi harga proton masih mahal jika dibanding dgn negara luar
 
produa produk bagus kualiti mantop lah..tp overprice :( ...

patut viva 850 harga dlm 25K je ..

ni x sampai 33K ..

cukai mahal sgt..
 
Back
Top
Log in Register