BTC USD 60,762.4 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PROTON perkenal model baru

pix_gal0

MODEL Tuah antara kereta konsep PROTON yang dipamerkan pada Pameran Motor Antarabangsa Kuala Lumpur 2010.​


Kereta dilengkapi enjin Campro 1.6 turbo berharga serendah RM60,000

PROTON Holdings Bhd akan memperkenalkan model baru sepenuhnya, iaitu kereta generasi baru pertama yang direka dan dibangunkan selaras keperluan perundangan dan peraturan automotif global terkini, pada pertengahan bulan depan.
Sumber dalaman berkata, model yang dikenali dengan nama kod P3-21A itu akan dijual pada harga antara RM60,000 hingga RM70,000 seunit, sekali gus menepati tanggungjawab syarikat sebagai pengeluar kereta nasional yang sentiasa memasarkan kereta dengan harga mampu milik tanpa berkompromi dengan tahap kualiti.
“Nama rasmi model baru yang dilengkapi dengan enjin Campro 1.6 turbo itu sudah pun dimuktamadkan kumpulan pengurusan PROTON, manakala pelancarannya pula dijangka akan dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Pusat Kecemerlangan PROTON di Subang Jaya, Selangor,” katanya.

Menurut sumber berkenaan, model baru itu juga akan merapatkan jurang segmen kereta antara Persona dan Inspira, seterusnya memberikan lebih banyak pilihan kepada pengguna memiliki kereta.

Katanya, model baru itu akan menepati pelbagai penanda aras antarabangsa yang ditetapkan bagi sebuah syarikat pengeluar kenderaan, khususnya membabitkan standard pelepasan asap selain dilengkapi ciri keselamatan termasuk empat beg udara, sistem kawalan brek ABS, EBD serta sistem kawalan penstabilan elektronik (ESC).

Katanya, selain ciri keselamatan, P3-21A juga dilengkapi pelbagai rekaan terkini serba lengkap, sama ada dari aspek kelengkapan aksesori mahu pun utiliti.
“Menariknya, cermin sisi model baru ini akan berfungsi secara automatik dengan melipat ke dalam setiap kali pemilik kenderaan mengaktifkan sistem penggera kereta dan ia juga akan terbuka semula sebaik kenderaan dihidupkan dan mula bergerak di bawah halaju lima kilometer,” katanya sambil menambah bonggol tengah di tengah lantai ruang kaki belakang juga lebih rendah sekali gus menjadikan ruang kaki penumpang belakang tidak lagi sempit.

Selain itu, sumber berkenaan berkata, paparan maklumat (SID) di ruang panel pemanduan turut di naik taraf dengan dilengkapi sistem tiga bacaan kilometer iaitu Trip A, Trip B dan Trip C selain pelbagai lagi maklumat yang akan berfungsi memberi amaran jika bateri pada kunci lemah.

aku rasa cam tak praktikal kalau kereta kena gerak baru side mirror nak bukak. sepatutnya start enjin jer , side mirror dah terus bukak.
 
la ni..bukan kete jadi masalah,masalah nak apply loan bila bank negara perketatkan. perghhhhh..susahnyer
 
aku rasa cam tak praktikal kalau kereta kena gerak baru side mirror nak bukak. sepatutnya start enjin jer , side mirror dah terus bukak.

kalau nak reverse kena tengok cermin belakang jer dulu:((
 
taun ni kalo bank straight sgt ikut rule bank negara mmg xbape nak laju la jual ni...
sekali tgk mcm saga fl plak...

memang bank dah straight...aku dah kena ni..:((
 
kalo harga around 60k-70k....

kiranya ni model pengganti waja la bukan persona kan....
 
Kalo baca apa yg dikata tu mmg menarik..tapi kita tunggu plak bila launch nnt.kalo review best baru nk angkat.huhu
 
nampak mcm best je,tp kalau harga turun skit lg dlm 50-60k aku rasa mmg ramai je sambar ni.tmbh2 dgn musim skrng bank da ketatkan syarat loan keta.
 
haha..menarik konsep ni..boleh di appply kan..

pastu tanya, ni kete kompeni mana?
proton ke honda? hehehe :))

tapi konsep ni, slalunye reply, baca, pastu die tak jenguk2 dah tread nih... :D org replay comment die pon die tak tau... :p
 
Back
Top
Log in Register