TXT
CG Super Hardcore Club






- Messages
- 459,645
Paid Membership
- Joined
- Mar 15, 2010
- Messages
- 459,645
- Reaction score
- 38,262
- Points
- 2,836
PROTON Holdings Bhd (PROTON) melancarkan logo dan slogan baharu, ‘Inspiring Connections’ dalam usaha menjadi jenama automotif moden global. - Foto Saddam Yusoff
Logo baharu menampilkan rekaan bulat dengan masih mengekalkan lambang harimau tetapi memasukkan semula perkataan Proton.
Kali terakhir Proton menukar logo dan slogannya adalah pada 2016.
Pengerusi PROTON, Datuk Seri Syed Faisal Albar berkata, pengenalan logo itu membuka lembaran baharu terhadap perjalanan PROTON.
Beliau berkata, penjenamaan baharu itu dipacu oleh tiga nilai teras iaitu teknologi inovatif, kebolehpercayaan dan antarabangsa.
"Lambang harimau dikemaskini dengan sentuhan warna perak dan penghasilan lebih mantap bagi mewakili jati diri Malaysia.
"Dengan reka bentuk yang unik, logo ini memaparkan kepala harimau yang diangkat tinggi seperti anak panah yang melambangkan kejayaan kami untuk terus maju ke hadapan," katanya selepas pelancaran logo dan slogan baharu PROTON di sini hari ini
Mengulas lanjut, Syed Faisal berkata, kejayaan PROTON adalah mencatatkan pertumbuhan 36 peratus walaupun pasaran menyaksikan penurunan lima peratus dari segi keseluruhannya.
Malah katanya, PROTON menjadi pengeluar tunggal yang merekodkan pertumbuhan dua digit pada 2019.
PROTON perkenal logo, slogan baharu
SHAH ALAM: Proton Holdings Bhd (PROTON) melancarkan logo dan slogan baharu, ‘Inspiring Connections’ dalam usaha menjadi jenama automotif moden global.
![]()
Sejarah Ringkas Proton