abu85
CG Top Poster Club

- Messages
- 30,148
Paid Membership
- Joined
- May 31, 2008
- Messages
- 30,148
- Reaction score
- 453
- Points
- 131
BANGKOK - Syarikat automotif negara, Proton Bhd. merancang memulakan pengeluaran besar-besaran kereta hibrid menjelang 2011, kata Pengarah Urusannya, Datuk Syed Zainal Syed Mohamad Tahir semalam.
Katanya, program itu dibangunkan menerusi usaha sama dengan anak syarikatnya yang berpangkalan di Britain, Lotus, serta beberapa pembekal komponen lain seperti pengeluar bateri.
"Kami mempunyai pasukan khusus di Lotus untuk membangun dan menguji kereta menggunakan teknologi Lotus. Saya menguji kereta itu dua minggu lepas dan saya kagum dengannya," katanya kepada media Malaysia sempena Pameran Motor Antarabangsa Thailand, di sini.
Sebelum itu, Timbalan Perdana Menteri Thai, Suthep Thaugsuban yang melancarkan ekspo itu diberikan taklimat mengenai projek Proton di Thailand dan model terkininya, Exora.
Syed Zainal berkata, beberapa kereta hibrid Exora kini diuji di Britain dan akan dihantar ke Malaysia pada akhir bulan ini atau awal tahun depan.