BTC USD 80,907.1 Gold USD 4,373.95
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Proton E.Mas 7

jaws_am

CG Top Poster Club
gemgem
Messages
29,959
Joined
May 29, 2008
Messages
29,959
Reaction score
12,420
Points
631
638926392.jpg




Proton e.MAS 7 nama rasmi kereta elektrik pertama Malaysia

Mohd Zaky Zainuddin
[email protected]
August 2, 2024 @ 4:32pm

Proton e.MAS 7 nama rasmi kereta elektrik pertama Malaysia

Proton e.MAS 7 - Gambar ihsan PROTON

SUBANG JAYA: Proton Holdings Bhd (PROTON) mengumumkan nama rasmi model kereta elektrik (EV) pertamanya yang dikenali sebagai Proton e.MAS 7.

Ketua Pegawai Eksekutif PROTON, Dr Li Chunrong, berkata kenderaan utiliti sukan (SUV) segmen-C bakal menandakan permulaan babak baharu dalam sejarah automotif negara.

"e.MAS 7 menekankan komitmen PROTON di dalam agenda EV Malaysia yang menyeru pengeluar kereta nasional untuk memperkenalkan EV menjelang 2025.

"Walaupun pelancaran penuh akan berlaku pada akhir tahun ini, pengesahan nama dan pratonton model baru ini menunjukkan pendekatan proaktif PROTON dalam memimpin industri automotif negara ke arah masa depan yang lebih lestari," katanya ketika sesi eksklusif e.MAS 7 bersama media di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PROTON, Roslan Abdullah.

Dibangunkan bersama Geely, Proton e.MAS 7 adalah SUV segmen-C yang direka untuk memenuhi keperluan gaya hidup moden dengan menawarkan ruang dan utiliti yang luas.

Proton e.MAS 7 adalah model EV pertama PROTON menampilkan platform Global Modular Architecture (GMA) yang canggih, memastikan prestasi kenderaan unggul, pengendalian terbaik, dan keselesaan mencukupi.

Dengan dimensi sepanjang 4,615 milimeter (mm), lebar 1,901 mm, tinggi 1,670 mm, dan jarak roda 2,750 mm, e.MAS 7 menawarkan ruang dalaman yang cukup luas dengan reka bentuk luaran kontemporari.

Menurut PROTON, usaha kolaboratif bersama antara PROTON dengan Geely dalam pembangunan model itu merangkumi beberapa aspek penting seperti strategi produk, kejuruteraan, reka bentuk, kawalan kualiti pengeluaran dan pembangunan ekosistem tempatan.

Lebih daripada 100 jurutera PROTON telah memberikan sumbangan secara langsung kepada projek ini, memastikan ia memenuhi keperluan rakyat Malaysia serta pengguna dari negara lain.

EV terbabit menampilkan sistem pemacu elektrik terkini 12-dalam-1 yang canggih, menetapkan piawaian baharu dalam kelasnya tersendiri dengan menggabungkan pelbagai fungsi ke dalam satu unit yang sangat cekap.

Selain itu, Proton e.MAS 7 juga dilengkapi dengan seni bina bateri Cell-To-Body yang inovatif.

Ia dapat memperkukuhkan kekuatan struktur bateri, menambah keluasan ruang dalaman, meningkatkan kestabilan dalam kawalan selekoh dengan kelajuan tinggi, serta keseluruhan pengendaliannya.

Proton e.MAS 7 juga dilengkapi dengan sistem audio Flyme Auto yang diintegrasikan dengan sistem IHU tempatan.

Pasukan PRO-NET juga telah membangunkan penyedia sistem telematik tempatan untuk menyokong kawalan kenderaan, navigasi, dan superApp Proton e.MAS.

Chunrong berkata, matlamat pengeluar kereta nasional itu dengan Proton e.MAS 7 adalah untuk memenuhi janjinya dalam menghasilkan kenderaan elektrik nasional pertama Malaysia.

"Dengan teknologi canggih yang di bangunkan di dalamnya, kami yakin ia tidak hanya memukau dengan ciri inovatif, tetapi juga akan menyentuh hati pelanggan.

"Dalam keterujaan untuk menantikan kehadirannya di jalan raya, kami akan mendedahkan dengan lebih lanjut mengenai Proton e.MAS 7 dalam beberapa bulan yang akan datang," katanya.

Sejak pengumuman jenama e.MAS dan pengenalan 18 rangkaian pengedar Jun yang lalu, PRO-NET kini telah mengembangkan rangkaiannya kepada jumlah keseluruhan 29 buah pengedar di seluruh Malaysia.

PRO-NET, anak syarikat PROTON, menyasarkan untuk memiliki 25 bilik pameran Proton e.MAS yang akan beroperasi sebelum pelancaran sulung Proton e.MAS 7.
 
Kahkah balut stiker macam model rahsia sangat
Padahal rebadge aja
:D

Dah hilang langsung identiti
 
3939339393.jpg


By S. BIRRUNTHA
August 2, 2024 @ 6:57pm
KUALA LUMPUR: National carmaker Proton Holdings Bhd has unveiled the name of the first model for e.MAS, its new electric vehicle (EV) brand.

The first-ever Malaysian EV will be known as Proton e.MAS 7, marking the beginning of a new chapter in the country's automotive history.

Proton chief executive officer Dr Li Chunrong said the company's goal with the e.MAS 7 is to fulfil its promise of delivering Malaysia's first national all-electric vehicle.

"With the groundbreaking technology embedded in it, we are confident it will not only impress with its innovative breakthroughs but also deeply resonate with our audience on an emotional level.

"As we eagerly anticipate its imminent presence on the roads, we are excited to reveal more about the Proton e.MAS 7 in the coming months," he said in a statement.

Co-developed with Geely, the Proton e.MAS 7 is a C-segment SUV designed to cater to the needs of modern lifestyles offering ample space and utility.

It is the first model to feature the advanced global modular architecture (GMA) platform, ensuring superior performance, handling, and comfort.

With dimensions measuring 4,615 mm in length, 1,901 mm in width, 1,670 mm in height, and a wheelbase of 2,750 mm, it offers a spacious interior wrapped by a contemporary exterior design.

It boasts the world's leading 12-in-1 intelligent electric propulsion system, setting a new standard in its class by seamlessly integrating multiple functions into a single, highly efficient unit.

Additionally, the e.MAS 7 also features a groundbreaking cell-to-body battery architecture, which enhances structural strength, increase interior space, improves stability in high-speed cornering, and overall handling.



Additionally, the Proton e.MAS 7 also includes the innovative Flyme Auto Connectivity System that integrates with the local infotainment head unit (IHU) system.

The telematic service provider supports various advanced functions, bringing intelligent technology directly to the consumer.

According to Proton, it has invested significantly in the development of the Proton e.MAS 7's chassis to ensure exceptional driving dynamics suited to Malaysian roads.

The e.MAS 7 has undergone rigorous testing, with 700,000 manhours and 10 million kilometres of testing performed to verify its durability and reliability.

This comprehensive testing ensures that the vehicle is road-ready and safe.

Proton said the confirmation of the name and preview of this new model are expected later this year.

Since the announcement of the e.MAS brand name and the subsequent introduction of 18 Proton e.MAS outlets in June, Proton's subsidiary Proton New Energy Technology Sdn Bhd (Pro-Net) has now expanded its reach to a total of 29 outlets.

Pro-Net aims to have 25 Proton e.MAS showrooms operational before the launch of the public launch of the e.MAS 7.
 

Proton e.MAS 7 nama rasmi kenderaan elektrik pertama Malaysia​

03 Ogos 2024 10:20am


Proton e.MAS 7 - Foto ihsan Proton

Proton e.MAS 7 - Foto ihsan Proton


MODEL sulung jenama kenderaan elektrik pertama Malaysia secara rasminya akan dikenali sebagai Proton e.MAS 7, menurut Proton Holdings Bhd.

Syarikat automotif nasional itu menjelaskan Proton e.MAS 7 menandakan permulaan babak baharu dalam sejarah automotif negara.

"SUV segmen C, e.MAS 7 menekankan komitmen Proton terhadap agenda kenderaan elektrik kerajaan yang menyeru pembuat kereta nasional untuk memperkenalkan kenderaan elektrik menjelang 2025.

"Walaupun pelancaran penuh akan diadakan akhir tahun ini, pengesahan nama dan pratonton model baharu ini menunjukkan pendekatan proaktif Proton dalam menerajui industri automotif negara ke arah masa depan yang lebih lestari,” menurut Proton dalam kenyataan pada Sabtu.

Proton memaklumkan, sejak pengumuman jenama kenderaan elektrik baharunya, e.MAS, dan pengenalan 18 pengedar pada Jun, Pro-Net kini mengembangkan rangkaian dengan jumlah keseluruhan 29 pengedar di seluruh negara.

Pro-Net, anak syarikat Proton, menyasar untuk mempunyai 25 bilik pameran Proton e.MAS yang akan beroperasi sebelum pelancaran sulung Proton e.MAS 7.

"Proton e.MAS 7 yang dibangunkan bersama Geely merupakan SUV segmen-C yang direka untuk memenuhi keperluan gaya hidup moden dengan menawarkan ruang dan utiliti yang luas,” tambahnya.

Menurut Proton, Proton e.MAS 7 telah menjalani ujian yang ketat dengan 700,000 waktu kerja dan 10 juta kilometer dilakukan untuk mengesahkan ketahanan dan kebolehpercayaannya.

"Ujian menyeluruh ini memastikan kenderaan ini bersedia di jalan raya dan selamat,” jelasnya. - Bernama
 
Back
Top
Log in Register