BTC USD 83,083.5 Gold USD 4,194.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Proton Buat Hal Lagi

exora aku baru sebulan beli, 2 kali injeng mapuh. gi sc, mapuh lagi. gi sc lagi, baru ok. mintak2 tiada apa2 yg berlaku. orang rumah dah perli, tu lah beli sangat proton katanye...

tolong up komen tuan
 
aku pun dah kne dengan proton... setahun yg lepas Saga FLX CVT. Masalah datang pada hari ke 5 selepas pembelian... sistem lock xberfungsi... maksud aku xdapat nak lock guna remote..... rasa sedih dan sebak pun ada... almaklum harta pertama kot....byr dengan duit gaji... huhu. selepas aku hubungi agen, dia nasihatkan guna lock manual, guna kunci dan matikan sistem penggera.... lepastu aku hantar la ke Proton Edar ni...lepas tu ok untuk sebulan... then masalah sama timbul... ni lagi berat... terpekik telolong kereta aku... hahah... lock bunyi, silet alarm, then lepas 2 minit bunyi... masa tu aku balik kpg.... aku tunggu habis cuti balik kje... then aku hantar lagi skali ke Proton Edar... :) kereta aku kna tahan dalam 1 minggu, diorang ganti full sistem bahagian alarm, sbb ada wire terkepit kat bahagian pintu... boleh pulak... hangus pulak tu.. nasib aku tak hangus... alhamdulillah.... dah seminggu aku kol lagi nak ambik kreta... boleh cakap belum ada spare part datang... mcm2 hal lah... tambah seminggu lagi... aku email proton edar... mengamok kat servis diorang... cepat2 lusa dah boleh ambik... berhabuk kereta baru aku tersadai kat situ... huhu... lepas seminggu baru ok.... sampai sekarang ok dah alarm sistem tu.... syukur sangat2... kereta baru dah cmtu... alahai... sedih....

bnyknye msalah. padahal kereta baru
 
bila ada kes mcm nih...orang bashed proton...nanti ada la jap lagi yg datang back up proton dengan ayat..mana2 pengeluaran kereta tak lari dari kerosakkan...puuiii la....pengeluar kereta import ada masalah yg serabutkan kepala mcm nih sekerap proton ke...tuh kereta baru tuh...

Mmg ada pun yg back up
 
ekptd
ekceli kete proton terok der...

:eek:
 
Sumber dari FB

Saya telah membeli sebuah kenderaan jenama Proton Preve dan kenderaan tersebut telah dihantar kepada saya pada 27 Ogos 2013. Didapati kereta yang didaftarkan dengan nombor pendaftaran WYV XXXX mengalami kerosakan. Secara kronologi, saya akan huraikan permasalahan yang terjadi.

28 Ogos:
Kereta yang dipakai dan baru berusia sehari telah pun rosak di bahagian 'compartment box' di sebelah penumpang tempat duduk hadapan. Compartment box tersebut tersekat (jammed) dan tidak boleh dibuka. Pada mulanya saya fikir terdapat satu 'safety button' untuk membukanya, tetapi setelah menelefon salesman yang menjual kereta itu kepada saya (wakil jualan dari Azitin Auto Sdn. Bhd.), beliau hanya mengarahkan saya untuk merujuk masalah itu kepada pusat servis yang terdekat. Pada hari yang sama, saya membawa kereta itu ke Pusat Servis Proton (High Power Auto Sdn. Bhd.) di Desa Pinggiran Putra, Kajang, dan mekanik di situ cuba menyelesaikan masalah saya. Tetapi gagal, masalah yang sama tetap berlaku.

30 Ogos:
Saya dapati terdapat kerosakan pada brek tangan, apabila kereta sudah diparkir, brek ditarik, tetapi brek tidak 'lock', 'handle' nya jatuh secara tiba-tiba dan kereta menggelongsor ke depan. Mujurlah saya berada di situ dan sempat menahannya dengan tangan dan saya juga bernasib baik kereta tidak diparkir di tempat yang curam. Kereta saya hampir melanggar sebuah kereta yang diparkir di hadapan, dan kalau tidak bernasib baik, saya juga mungkin digilis hidup-hidup.

2 September:
Sekali lagi saya merujuk ke pusat servis yang sama untuk menyelesaikan masalah saya. Mekanik di situ cuba membaiki handle pada brek tersebut. Setelah hampir sejam, pembaikan selesai. Apa yang mengejutkan saya, sejurus selesai menyiapkannya, mekanik tersebut memberitahu yang kerja-kerja dilakukan tidak mempunyai jaminan keselamatan dan tidak tahu selama mana ia akan bertahan. Beliau menyuruh saya merujuk masalah kereta saya ke ibu pejabat Proton di Glennmarie. Memandangkan tiada kenderaan ganti untuk saya, saya cadangkan kepada mereka untuk membuat temu janji dahulu sebelum saya ke sana.

Pada hari yang sama juga, saya telah buat aduan di Facebook Proton Holdings Berhad mengenai masalah yang saya hadapi, tetapi keesokan harinya baru mereka membalas.

3 September:
Wakil Facebook Proton Holdings Berhad mengatakan, masalah saya sudah dirujuk dan seorang wakil dari Proton We Care akan menghubungi saya untuk menilai permasalahan yang dihadapi. Tetapi, tiada wakil Proton We Care yang menghubungi saya pada hari tersebut.

4 September:
Lebih kurang jam 10.15 pagi, seorang wakil dari Proton We Care bernama Arif telah menghubungi saya. Cadangan beliau untuk saya merujuk kereta saya ke pusat servis yang lain amat mengecewakan. Saya hanya bercakap dengan beliau yang saya hendakkan 'full refund' kalau begitulah tahap cadangan oleh Proton untuk menyelesaikan masalah saya. Setelah digasak bertalu-talu, beliau akhirnya mengatakan yang masalah kereta saya perlu dirujuk kepada 'specialist', dan meminta saya menunggu untuk dihubungi, tetapi seperti yang saya duga, tiada siapa dari pihak Proton yang menghubungi saya pada hari tersebut.

Pada hari itu juga saya mendapati terdapat kerosakan baru di bahagian gear kereta di mana gear satu dan gear 'reverse' susah untuk masuk.

Saya amat kecewa dengan kualiti produk oleh Proton walaupun pada hemat saya sebelum ini kualiti Proton telah dinaik taraf, tetapi sebenarnya ia masih lagi di takuk lama. Saya rasa sangat tertipu dengan pembelian yang telah dibuat. Proton seolah olah membekalkan 'kereta rosak' dan berisiko tinggi kepada pengguna dan hak mereka juga nampaknya tidak terbela.

Dalam kes saya, saya kira saya amat bernasib baik, kerana setakat ini, kerosakan yang dialami oleh kereta saya tidak membabitkan kemalangan jiwa. Tetapi kerosakan brek tangan ini adalah kerosakan yang major sebab ada 'safety issue' dan boleh membahayakan diri saya sebagai pemandu mahupun pengguna jalan raya yang lain. Saya juga tidak dapat bayangkan, kalau kereta itu menggelongsor ketika saya tiada didalamnya, ia mungkin akan menyebabkan kecelakaan yang lebih buruk.

Saya berkira untuk mendapatkan kereta yang baru memandangkan ini bukan soal yang remeh, malah melibatkan soal keselamatan pengguna jalan raya. Saya bercadang untuk meminta Proton membuat 'buy-back' kereta saya dan digantikan dengan yang baru, atau Proton boleh mengambil semula kereta saya dan memberikan 'full refund'. Jika kedua-duanya enggan dipersetujui oleh Proton, maka saya akan cuba dengan jalan undang-undang supaya dapat saya justifikasikan yang Proton telah 'menyamun' saya.

Saya harap masalah saya ini diambil kira dengan kadar segera memandangkan saya sedang memandu kereta yang amat 'berisiko' walaupun usianya BARU SEMINGGU.

Baru seminggu...teruk betul
 
pernah kete persona wife aku prob brek n power window..

pas 3 bln bru dpt alat ganti tp xsama spec..

brek masih berbunyi smpi arini..

start pd arituh aku da xgi lg servis kt sc..

Bntk masalah kat sc
 
Back
Top
Log in Register