(sambungan)
Saudara. Dalam banyak banyak negara pengeluar kereta, Malaysia lah yang paling kurang memprotect industry automotive mereka. Rakyat Malaysia juga lah yang paling tidak patriotik dalam hal-hal kereta ni. Walaupun kita telah merdeka, minda kita tetap diajar barangan lain lebih elok dan tidak membantu barangan
sendiri. Saya ambil contoh... Thailand membuka pintu mereka untuk industri automotif... tapi ada syarat. Kereta yang dibina di Thailand harus lah di export keluar lebih dari yang dijual dalam negara nya. Korea... cuba pergi ke Korea dan lihat sendiri disana. Nak cari kereta yang bukan dari Korea...susah.
Sebabnya.
1. memang mereka patriotik.
2. Cuba pakai kereta import... Lembaga Cukai mereka akan menyusahkan pembeli kereta tu. Sebab kata mereka tentu banyak duit.
Jepun... Semasa mereka belajar membuat kereta hampir 80 tahun dulu. nak naik bukit pun boleh undur (baca sejarah toyota), tapi rakyat mereka tetap bangga dan tetap membeli. Cuba kat Malaysia. Kutuk lagi ada.
Saudara semua... kejayaan sesuatu project negara bergantung kepada sokongan dari rakyat sendiri. The more people buy, the cheaper things can be. Economic of scale lah tu. Lagi banyak dijual, lagi rendah cost pembalikan modal untuk setiap kereta. Nak buat sebijik kereta hampir 1 billion cost dia. Macam mana nak balik modal kalau kita tak ambil untung. Kilang enjin lagi
mahal... tapi kita korbankan keuntungan kerana kalau kita dok asyik beli enjin dari luar, masa mana kita nak belajar dan maju. Proton baru 20 tahun. Korea mengambil masa 40 tahun untuk kereta dia tiba ditahap ini. Jepun sudah 80 tahun, Barat sudah 100 tahun. Ini industri kereta. Kalau orang suruh kita fikir nak buat plastik aiskrim tu pun majority kita tak boleh. Ini
kereta. So yang mengutuk tu... fikir. Lagi banyak kita jual, lagi murah kita boleh jual... lagi banyak duit, lagi baik pembangunan yang kita boleh buat. Setiap test dan setiap bahan baru yang nak direka memerlukan wang yang banyak.
Masalahnya sekarang siapakah yang bakal atau boleh dijadikan rakan teknikal. Walau pun volkswagen nak join ngan proton tapi persoalannya boleh ke..?
Kenapa..saya kata macam tu..sebab Volkswagen ni guna euro. Sudah tentu la harga kereta proton pada masa akan datang lebih mahal lagi. (salah satu sebab isu AP keluar) Nak mohon Nissan atau Honda atau Toyata jadi rakan teknikal memang agak sukar.
Errr.... Ini kita bagi hint sikit sebab teruk sangat dah ni. Kita tengah develop kereta dengan VW. Sebab tu kita jangan dengar saja orang cakap.
Kalau semua AP ditarik balik lagi banyak masalah akan timbul.. salah satunya adalah AFTA. Mampukah negara kita membayar ganti rugi kepada negara lain yang telah melaksana AFTA. Mungkin ada yang tak sedar yang negara kita telah membayar ganti rugi RM billion sebab menangguh perlaksanaan AFTA sebelum ni kapada negara Asean yg berkaitan.
Memang kita akan kena penalti sebab ada perjanjian AFTA. Tapi bukan kita nak tarik AP macam tu aja. Jalan penyelesaian masih ada. Kalau negara lain boleh ada polisi dia orang yang membantu industri kereta mereka... kenapa kita tidak boleh. Kerana AP
China boleh mengeksport kereta mereka ke Malaysia (kereta Chery hampis masuk), tapi polisi China masih lagi tidak membenarkan kereta kita masuk kesana. Memang dia kata boleh masuk tapi dah 5 tahun mencuba pun belum dapat kelulusan lagi. Banyak syarat lagi. India... nak masuk kesana kena letak deposit USD200
Million. Belum lagi nak set up kilang dan infrastruktur jualan. Cuba masuk kat Korea... Kita nak jual kain kita kat sana pun diaorang tak nak beli walau pun kualiti kita bagus. Kuat nya patriotik diaorang. Kita... apa yang nama lain selain dari
barang sendiri mesti bagus punya.
Bagi yang nak membandingkan kereta kita dengan kereta German..
Bukan tak boleh buat. Boleh... tapi sanggup ke bayar harga Kreta German untuk kereta buatan Malaysia.
Naza yang rata rata import kereta Cuma tukar bumper pun boleh jadi taraf kereta nasional. Perodua yang tak pernah design kereta sendiri (cuma design bumper depan belakang) pun dapat taraf kereta nasional... Proton sekurang-kurangnya telah mendidik ramai anak bangsa dalam kemajuan teknologi. Dah ramai
hasil dari pengalamn bekerja dengan proton diambil untuk sektor R&D ditempat lain. Bayangkan lah satu kumpulan Advance Engine Research Proton terus diambil oleh Petronas. Bukan sorang.... Kesemuanya. Nak kerja dengan R&D proton..... Paling minimum 2nd class upper. 1st class berlambak. Selepas berpengalaman. .. Perodua, Naza ambil.
Tapi saya tak marah bila orang kata macam-macam pasal proton. Itu hak mereka. Tapi fikirkanlah tenaga yang kami beri untuk memajukan negara dalam bidang teknologi. Boleh sebut tak company mana lagi dalam bidang industri yang betul-betul menggunakan kepakaran anak Malaysia dalam bidang R&D ni. Kalau kita tidak
belajar... sampai bila kita tidak akan tahu. Dan sampai bila kita akan bergantung dengan orang luar.
Tapi bab support selepas jualan. saya sendiri pun tak puas hati. Sabotaj pun Proton dah biasa kena. Orang curi part semasa delivery kerata tukar dengan part tiruan atau lama. Yang kena komplen. proton. Tapi yang hairannya semasa Perodua recall balik 4000 unit Myvi. Tak ada pulak yang kutuk. Letak sebelah sebelah Myvi dan Savvy. check performance dia. Then baru tahu nak kata apa. Jangan dengar orang cakap je. test sendiri. Baru tau.
Tak lama lagi akan keluar Savvy Auto-Manual. Maksudnya dua-dua jenis gear ada dalam kereta. Malas nak tukar gear... swith to auto. Nak main ciluk-ciluk. .. switch to manual. Errr.. siapa kata kita guna tecnology 70an?
p/s: sama2 le kita renungkan betul atau tak...
