BTC USD 83,710.8 Gold USD 4,157.00
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Prosidur jual beli hartanah/rumah

salam semua member-member cg,

saya membuka thread ni khas untuk semua warga cg berbincang khususnya hal-hal yang berkenaan dengan prosidur jual beli hartanah/rumah atau pun prosidur pindah hakmilik hartanah/rumah.

insyaallah kita semua akan mendapat kebaikan dari perbincangan di forum ni dan marilah sama-sama kita manfaatkan thread ni untuk kebaikan semua.​

:)cgrock
:)cgrock
:)cgrock

bump!!!! :d :d :d
 
bagus thread.. dapat tambah info..

Kalau ada apa-apa masalah boleh lah di utarakan... Saya akan cuba bantu dan kita semua boleh bincangkan masalah-masalah tersebut. Jadi semua member-member CG boleh kongsi manfaat nyer yer....

:)cgrock :)cgrock :)cgrock
 
Aduh.... Ada cara sebenarnyer. Tapi saya pun tak berapa nak galakkan sebenarnyer. saya pernah jumpa non-bumi yang beli tanah malay reserve ni. saya tanyer mcm mana dia buat? dia kater, dia kautim dengan org melayu lain yang sebenarnyer nama dia di gunakan sahaja. then saya tanyer lagi, mcm mana org melayu tu boleh setuju, dia kater sebab dia janji lah apa2 kat org melayu tu dan kemudian bila dah beli tanah tu, diorg buat agreement between diorg plak.

Itu jer lah yang saya tahu.... :D

tak boleh guna cara ni..risiko..melainkan ubah kepada reserve non-bumi,itu pun klu dapat persetujuan dari menteri besar..HULUR lah sikit..he he
 
bro sume,

sy nk tanya proses/docs utk beli rumah ke dua selepas rumah pertama telah di jual/lelong....
 
tak boleh guna cara ni..risiko..melainkan ubah kepada reserve non-bumi,itu pun klu dapat persetujuan dari menteri besar..HULUR lah sikit..he he

cara nih lagi tak boleh.. :p
 
bro sume,

sy nk tanya proses/docs utk beli rumah ke dua selepas rumah pertama telah di jual/lelong....

Rumah pertama di jual dan rumah pertama dilelong merupakan dua situasi yang berbeza. Kalau kita jual rumah, may be sebab kita dah tak mampu nak bayar monthly payment ataupun kita nak guna duit dalam masa terdekat. Masa tu kita mungkin dah ada CTOS/CCRIS ataupun financial background masih lagi cantik. If tak der CTOS/CCRIS, then proses untuk pembelian rumah ke dua adalah seperti biasa bergantung kepada situasi dan keadaan rumah yang hendak di beli. Tapi kalau ada CTOS/CCRIS yang ni masalah ckit. maknanyer kene lah clearkan dulu CTOS/CCRIS tu dan enam bulan selepas tu baru boleh buat pinjaman untuk pembelian rumah ke-2.

Tapi untuk situasi di mana rumah pertama dilelong oleh bank, itu bermakna sudah lama monthly instalment tak di bayar dan menyebabkan bank tidak ada cara lain melainkan melelong rumah tersebut. bila dah lama tak byr monthly instalment memang sure lah dah ada rekod CTOS/CCRIS. Jadi untuk membuat pembelian rumah kali ke-2 akan ada masalah bila nak buat pinjaman dengan bank. lain lah kalau nak beli rumah secara cash. yang tu tak der masalah selagi nama bukan di isytiharkan sebagai bankrupt.

My 2 Cents :D
 
Nk Jual Condo

Salam, saya ada beli umah tahun 2007, sekrg umah nk siap djangka VP bulan 10.. so rasa nk jual sebab tempat keje pun dah tukar.. So ada soalan cepumas sikit:

1- bole ke jual lepas dpt CF?
2- mcamana ngan title? sebab dgr kata kalu condo ni ada mster title ngan strata title ( xbrapa paham)
3-loan mcmana lak? saya punya loan xde lock period.
4- kalu bole jual, mcmana urusan tu? apa action yg perlu diambil?

harap dapat beri penerangan.. Salam
 
Last edited:

i try.. ekkekek... :))

1- bole ke jual lepas dpt CF?
- bole.

2- mcamana ngan title? sebab dgr kata kalu condo ni ada mster title ngan strata title ( xbrapa paham)
http://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=82625

3-loan mcmana lak? saya punya loan xde lock period.
baguih la sebab takde lock in period. kalau market value naik, adala untung. kalau MV tak cantik sangat, mungkin leh consider refinancing, untuk kecilkan monthly payment.. :)

Untuk loan pembeli baru? buat survey sket, pastu walk in dan terjah.! heehhe..

4- kalu bole jual, mcmana urusan tu? apa action yg perlu diambil?
senang bagi pada consultant/agent buat kerja. penjual/pembeli dapat jimat masa + tenaga + security + best advice.

kalau ada masa terluang. buat sendiri. market sendiri, cari buyer sendiri, dah jumpa buyer deal jumpa lawyer untuk settlekan agreement to purchase, SPA & Loan Agreement etc2.

harap membantu.
 
Salam, saya ada beli umah tahun 2007, sekrg umah nk siap djangka VP bulan 10.. so rasa nk jual sebab tempat keje pun dah tukar.. So ada soalan cepumas sikit:

1- bole ke jual lepas dpt CF?
2- mcamana ngan title? sebab dgr kata kalu condo ni ada mster title ngan strata title ( xbrapa paham)
3-loan mcmana lak? saya punya loan xde lock period.
4- kalu bole jual, mcmana urusan tu? apa action yg perlu diambil?

harap dapat beri penerangan.. Salam

Salam,

Berikut serba sedikit penerangan saya yer... Harap membantu:-

Q.01:
CF sebenarnyer penting sekiranya rumah tersebut rumah yang baru di bina. sebab bila ada CF menunjukkan rumah tu selamat untuk diduduki dan kalau peminjam gagal membuat bayaran bulanan pun bank nak lelong pun senang. Jadi kesimpulannya CF lebih diperlukan dalam proses jual beli yang melibatkan pinjaman perumahan terutamanya daripada bank. Bank dah ada polisi yang diorg cuma akan keluarkan duit sekiranya ada CF (salah satu requirement yang paling penting). Tapi kalau rumah tu dah lama, CF tak diperlukan sgt.

Q.02:
Untuk rumah jenis kondominium, geran untuk setiap unit/parcel condo dikenali sebagai (strata title). Tapi untuk pemaju mendapatkan strata title ni bukan memakan masa yg singkat. kadang kala selepas 8 tahun baru lah Strata title dikeluarkan oleh pejabat tanah. bila strata title tak dikeluarkan lagi, maksudnya condo tu di bina di atas satu tanah yang besar dan dipegang oleh satu geran besar yang dinamakan sebagai Master Title.

Kalau nak citer tu panjang jugak. Tapi kesimpulannya, walaupun tak der strata title lagi, condo tetap boleh dijual. tak der masalah. cuma dokumen yang digunakan berlainan dan penjualan tanpa geran memerlukan lawyer untuk berurusan dengan pemaju.

Q.03:
Bila baca soalan mula-mula tadi, saya dah fikir tentang lock in period tu. Tapi memandangkan bro kater takder lock in period, so tak der lah masalah. makna nyer tak der penalty yang akan dikenakan oleh bank due to niat bro untuk jual rumah ni awal.

Q.04:
Soalan ni sgt meluas. Boleh merangkumi dari saat urusan nak cari pembeli, bila pembeli dah dapat apa pulak tindakan selanjutnya dan apa dokumen-dokumen yang perlu disediakan oleh penjual.

Kalau nak cari pembeli, pendapat saya sama dengan penerangan T2T kat atas. bergantung kepada masa bro. Kalau banyak masa, bolehlah cari pembeli sendiri. Tapi kalau tak byk masa, cari jer agent hartanah minta diorg tolong cari pembeli. bezanya, dari segi kos jer.

Sebagai penjual, untuk memudahkan proses penjualan, sediakan semua dokumen-dokumen penting berkaitan rumah tersebut. So, bila dah ada buyer tak der kelam kabut nak cari dokumen-dokumen yang diperlukan. Kalau condo sediakan dokumen-dokumen berikut;-
1. SPA
2. DMC
3. LOAN AGREEMENT
4. CF
5. IC
buat copy setiap dokumen. kalau lantik agent bekalkan mereka dengan copy dokumen tersebut.

Harap jawapan saya membantu..... :D
 
Back
Top
Log in Register