Md Hanif
Legendary Member

- Messages
- 13,782
- Joined
- Jun 13, 2023
- Messages
- 13,782
- Reaction score
- 289
- Points
- 146
Anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Koperal Amdie Ayul (tengah) menunjukkan dakwat kekal pada jari selepas menunaikan tanggungjawab mengundi awal sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke - 17, di Markas ke-13 Briged Infantri Kem Cenderawasih Lahad Datu hari ini.
Proses pengundian awal bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 di 58 pusat mengundi berlangsung dengan lancar meskipun cuaca mendung dan hujan di beberapa kawasan sejak awal pagi.
Tinjauan Bernama di beberapa pusat pengundian awal mendapati suasana terkawal, dengan anggota tentera, polis serta pasangan masing-masing hadir seawal 7 pagi untuk menunaikan tanggungjawab sebelum pusat mengundi dibuka tepat pada 8 pagi.
Di KOTA KINABALU, anggota polis mula beratur di Mes Pegawai Kanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah seawal 7.30 pagi manakala Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jauteh Dikun tiba pada 8.48 pagi untuk mengundi di saluran satu.
Beliau berkata semua pegawai dan anggota telah diingatkan supaya hadir lebih awal berikutan keadaan cuaca yang tidak menentu.
"Setakat ini, semua berjalan lancar walaupun keadaan cuaca tidak berapa elok tetapi Alhamdulillah, selepas proses pengundian awal bermula, cuaca semakin baik dan kita harap keadaan ini akan berterusan hingga tamat proses undi awal petang nanti," katanya.
Di PUTATAN, proses pengundian awal turut berlangsung secara teratur di Sekolah Agama Rakyat Kem 5 Divisyen Lok Kawi dengan warga tentera darat dan pasangan beratur seawal 7.30 pagi.
Panglima 5 Divisyen Mejar Jeneral Datuk Noorrul Azril Ariffin dan isteri, Datin Noriza Md Rashid, menjadi individu pertama mengundi tepat pada 8 pagi.
Seramai 3,097 pengundi terdiri daripada 2,569 anggota tentera dan 528 pasangan dijadual menunaikan tanggungjawab di pusat berkenaan melalui enam saluran.
Panglima Medan Timur Tentera Darat Leftenan Jeneral Datuk Mohd Sofi Md Lepi turut hadir meninjau proses pengundian awal bersama calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Keramat Jeffery Nor Mohamed dan calon GRS Shah Alfie Yahya.
Proses Undi Awal PRN Sabah Ke-17 Berjalan Lancar
PRN Sabah, Undi Awal, polis, tentera, SPR