BTC USD 85,941.2 Gold USD 4,322.66
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Promo terbaru Hotel Lexis Hibiscus Port Dickson

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,389
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,389
Reaction score
346
Points
141
bf43bbf920de5581fe1b420549f83eef6937e2f81ea6e

Kredit : Lexis Hibiscus Port Dickson

Lexis Hibiscus Port Dickson memperkenalkan kempen December Playcation sempena cuti sekolah akhir tahun yang menawarkan percutian tepi laut kepada keluarga lengkap dengan manfaat eksklusif bagi semua tempahan menerusi laman sesawang rasmi sehingga 31 Dis.

Lexis Hibiscus dalam kenyataan hari ini memaklumkan kempen itu direka untuk ibu bapa yang mencari percutian mendamaikan dengan tawaran pelbagai aktiviti menyeronokkan kepada kanak-kanak di tepi pantai.

“December Playcation meraikan percutian akhir tahun dengan gaya Malaysia sebenar. Lexis Hibiscus Port Dickson terus menawarkan gabungan sempurna antara keselesaan mesra keluarga, vila luas dengan kolam renang peribadi dan pelbagai aktiviti menarik untuk kegembiraan yang menyerlahkan kreativiti peneroka muda,” menurut kenyataan itu.

Sehubungan itu, resort tersebut mempelawa keluarga untuk menikmati percutian terbaik dengan setiap detik direka khusus bagi mengeratkan ikatan kekeluargaan dan menawarkan peluang bersantai.

Semua tempahan menerusi http://www.lexishibiscuspd.com/ dari sekarang hingga 31 Dis akan menikmati pengalaman penginapan dipertingkatkan seperti kredit LexSpa RM50 bersih, diskaun 20 peratus untuk semua hidangan dalaman, aktiviti percutian harian percuma di Kidz World dan pantai termasuk seni dan kraf, membina istana pasir, bermain layang-layang serta sukan pantai selain keutamaan daftar masuk awal (tertakluk kepada ketersediaan).

Promosi itu sah kepada semua tempahan terus untuk penginapan sepanjang Disember.

Maklumat lanjut atau tempahan boleh dibuat menerusi e-mel kepada [email protected] atau hubungi +603 2083 0933.

Mereka berminat untuk mendapat maklumat lanjut dan perkembangan terkini boleh melayari laman sesawang rasmi atau menghubungi Lexis Hibiscus Port Dickson menerusi Instagram, Facebook, TikTok dan rednote (XiaoHongShu).

 
Back
Top
Log in Register