BTC USD 81,707.1 Gold USD 4,353.24
Time now: Jun 1, 12:00 AM

projek ternakan...AZZ marketing

http://www.sinarharian.com.my/pengarah-azz-marketing-didenda-rm17-000-1.216181

KOTA BHARU - Seorang pemuda berjawatan pengarah sebuah skim pelaburan ikan keli didenda RM17,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam selepas mengaku salah guna dana pemegang amanah berjumlah RM450,000.

Denda diputuskan, Hakim, Yusoff Yunus terhadap Abdul Khairil Ridzuan Firdaus Abdul Rahim, 27.

Pengarah Azz Marketing Berhad itu didakwa gagal mematuhi waad 6.3 di dalam surat Ikatan Amanah Skim Raja Keli bertarikh 27 April 2011.

Tertuduh mengaku menyalahgunakan dana berjumlah RM450,000 yang bukan tujuan menampung kos pembaikan dan penggantian, antara 30 Oktober 2012 dan 24 November tahun sama.

Pada prosiding semalam, tertuduh merayu hukuman terhadapnya diringankan berikutan duit itu bukan digunakan seorang tetapi turut diagihkan kepada pihak lain yang terlibat.

Namun, Pegawai Pendakwa Raya Suruhanjaya Syarikat Malasysia, Liyana Amira Kamaludin memohon hukuman berat bagi memberi pengajaran kepada tertuduh agar tidak sewenang-wenangnya menipu hingga menyebabkan kerugian kepada banyak pihak.

Yusoff kemudian memutuskan denda itu dan mengarahkan tertuduh dihukum penjara 10 bulan jika gagal jelas denda. Abangnya, Abdul Khairil Hisyam Firdaus yang berdepan tuduhan sama bagaimanapun dibebaskan mahkamah.
 
sikit je dendanya,kalau jumpa kat client tu teruk kena blasah nanti.malah ada yg kata nak tembak jer dgn senapang gajah.kui kui kui
 
Back
Top
Log in Register