BTC USD 76,429.8 Gold USD 4,306.28
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Projek Rintis LPPKN Perkukuh Institusi Keluarga Bukan Islam

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,182
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,182
Reaction score
346
Points
141
4f0f6d8635645bf7a05066379da66e9d69036a5f7b1e0

d7949ad19e9c91cf65c1c39f2c8a7d7b69036a703ab28

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail (tiga, kiri) dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri (tiga, kanan) menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman antara Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara, Datuk Badrul Hisham Alias (dua, kiri) dan Ketua Pengarah Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara, Datuk Abdul Shukur Abdullah (dua, kanan) hari ini. -- fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA.

Usaha menangani krisis perkahwinan dan cabaran institusi keluarga pasangan bukan Islam kini menampakkan keberkesanan menerusi Projek Rintis Badan Pendamai, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) yang mula diperkenal November tahun lepas.

Ia berikutan sejak dilaksanakan hingga September lepas terdapat 83 pasangan telah terlibat dan 16 peratus atau 13 pasangan telah berjaya didamaikan di bawah bimbingan LPPKN.

Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri berkata projek itu adalah inisiatif inovatif yang menyatukan pendekatan kaunseling, intervensi dan perundangan dalam satu sistem yang lebih manusiawi dan efektif.

Beliau berkata projek tersebut diwujudkan berikutan kebimbangan terhadap peningkatan kes perceraian di negara ini yang keseluruhan merekodkan 62,890 kes pada 2022 berbanding 43,936 kes pada 2021 sebelum menurun kepada 57,835 kes pada 2023.

“Melalui projek ini, ia menjadi ruang praperundangan bagi membantu pasangan mencari penyelesaian sebelum kes difailkan di mahkamah melalui kaunseling bersama kedua-dua pihak, menyediakan platform kaunseling dan persidangan keluarga.

“Ia menjadi mekanisme pemerkasaan perkhidmatan sosial berasaskan data dan penyelidikan dengan lima geran penyelidikan bernilai RM240,000 sedang dijalankan bagi membangunkan intervensi yang berasaskan bukti,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Projek Rintis Badan Pendamai antara Jabatan Pendaftaran Negara dan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara di sini, hari ini. Turut hadir Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Nancy berkata projek itu signifikan kerana menyatukan kepakaran JPN dalam pendaftaran perkahwinan dan perceraian bukan Islam dengan kepakaran LPPKN dalam memperkukuh institusi keluarga serta menyediakan kaunseling dan intervensi sosial.

Mengulas lebih lanjut mengenainya, Saifuddin Nasution berkata angka 16 peratus pasangan berjaya didamaikan adalah jauh lebih tinggi berbanding purata nasional iaitu hanya dua peratus pasangan berjaya didamaikan apabila kes dikendalikan sepenuhnya oleh JPN dalam 10 tahun kebelakangan ini.

 
Back
Top
Log in Register