RuthlessFairy
CG Top Poster Club

- Messages
- 30,239
Paid Membership
- Joined
- May 15, 2009
- Messages
- 30,239
- Reaction score
- 879
- Points
- 166
Berkisarkan tentang dua beradik, Fakri dan Naim yang telah terpisah sejak mereka masih kanak-kanak dan bertemu semula di Kolej Ungku Dramat (KUDRAT), sebuah sekolah asrama berprestij tinggi. Mereka berdua memasuki gelanggang "Pilihanraya", sebuah pertandingan tradisi yang dilangsungkan secara sulit dan diseliakan oleh "High Council". Pemenang "Pilihanraya" akan dianggap sebagai pelajar paling berkuasa di KUDRAT.
Demi niat untuk berubah pada usia 15 tahun, Fakhri iaitu seorang pelajar yang bijak tetapi sering terlibat dalam pergaduhan, telah diterima untuk memasuki sebuah sekolah asrama berprestij tinggi. Namun, apabila Fakhri merungkai rahsia di sebalik tradisi sekolah tersebut, secara tidak langsung telah menjadikan dia sasaran utama pelajar-pelajar yang ingin memanjat heiraki High Council.
Nekad untuk menghentikan segala ketidakadilan dan salah guna kuasa yang berlaku di kalangan pelajar, Fakhri memasuki gelanggang ‘plihanraya’, pertandingan yang dilangsungkan secara sulit untuk menentukan ‘kapla’ di sekolah tersebut. Walaupun dia tahu pilihannya itu bakal berhadapan dengan sesuatu yang terlalu sukar buatnya, berjayakah Fahkri merebut takhta menjadi ‘Kapla’? Apakah yang kesukaran yang bakal dia depani demi mencapai matlamatnya?