RuthlessFairy
CG Top Poster Club

- Messages
- 30,239
Paid Membership
- Joined
- May 15, 2009
- Messages
- 30,239
- Reaction score
- 879
- Points
- 166
Drama siri tempatan CHINTA WRONG DIRECTION baru sahaja melabuhkan tirai pada 27 Julai lepas, jadi para peminat drama tempatan boleh dah tengok sampai habis 20 episod di Astro Go, kat Astro Ria pu. Ada ye
Mula-mula rasa macam, alaaa cerita cliche la. Pasal anak orang kaya jatuh hati pulak dengan pekerja dia, seorang gadis kampung yang baik hati. Ah! Gituh!
Tapi, tapi, tapi!!
Drama siri yang diadaptasi dari novel bertajuk Chinta (karya Norhayati Berahim) sangat banyak menyelitkan kisah kritikan sosial yang memang nyata terjadi dalam masyarakat.
Paling ditunggu-tunggu adalah lakonan Wan Nor Azlin yang paling hidup. Dari dulu, bagi aku Wan Nor Azlin memang antara pelakon terbaik dari Malaysia. Seterusnya paling sakit hati dengan watak yang dibawa oleh Hilal Azman, Hilal Azman membawa watak seorang bapa yang sangat toksik, yang membenci anak perempuan dan terlalu menyanjung anak lelaki.
Walau dalam keluarga kaya (keluarga Hun Haqeem) ada watak mak toksik, kakak toksik, girlfriend toksik, tapi watak-watak ni tak boleh menandingi watak toksik Hilal Azman yang boleh dikatakan mewakili sosok lelaki patriarchy yang telalu kolot dan ortodoks!
Tapi aku paling suka wan nor azlin la, masuk je babak kat kampung bersinar mata aku
Spoiler alert
Kisah mengenai Chinta (Erysha Emyra) yang berasal dari kampung dan sering dilayan dengan buruk oleh ayahnya yang sangat mendewakan anak lelaki dan juga kisah Akid (Hun Haqeem) anak orang kaya yang mempunyai trauma waktu remaja kerana terlibat ibunya sendiri melakukan hubungan terlarang dengan lelaki lain di belakang ayahnya.
Chinta ke Kuala Lumpur setelah mendapat tawaran kerja di syarikat milik ayah Akid, dan di sana mereka berjumpa. Akid pulak menghidapi sejenis penyakit yang membuatkan dia trauma dengan wanita.
Pelbagai konflik berlaku, bagaimana agaknya Chinta dan Akid mengharungi kisah mereka. Kepada peminat karya-karya novelis Norhayati Berahim, anda rasa adakah naskah versi drama garapan Hadith Omar ini berjaya
Korang layan la, mula-mula rasa cliche, lama-lama best pulak, sebab banyak kisah lain selain cinta. Macam Kdrama juga
kredit Shukr Shukr