BTC USD 76,474.1 Gold USD 4,296.09
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Projek Akuakultur, Hidroponik Sejati MADANI Tingkat Ekonomi Penduduk Kampung Tamui

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,711
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,711
Reaction score
97
Points
80
45cea54c6bc88057d1e25170f746461f6951f157e1c75


Projek ternakan ikan tilapia merah dan tanaman salad hidroponik oleh Komuniti Usahawan Kampung Tamui di sini bukan sahaja mengangkat martabat ekonomi setempat, malah menggalakkan gaya hidup proaktif dan lestari dalam kalangan penduduk luar bandar.

Kedua-dua projek yang diusahakan sejak Ogos tahun lepas menerusi inisiatif Program Sejahtera Komuniti (SejaTI) MADANI itu berjaya mempromosi amalan pengurusan perikanan dan pertanian mesra alam meskipun dilaksanakan dalam skala kecil, sekali gus memperkasakan kesedaran mengenai keselamatan makanan.

Komuniti yang dianggotai 11 individu termasuk sembilan wanita berumur 40 hingga 63 tahun, menyifatkan projek itu sebagai "taman terapi minda" yang mampu meningkatkan motivasi dan produktiviti ke arah mentransformasi ekonomi desa serta merapatkan jurang pendapatan.

Bercakap kepada Bernama, Pengerusi Komuniti Usahawan Kampung Tamui Hamidah Abdullah berkata projek ternakan tilapia merah dalam kolam simen dan tanaman salad hidroponik itu sudah mula membuahkan hasil dengan tuaian serta jualan pertama dibuat pada April lepas.

“Projek ternakan ikan tilapia merah ini dimulakan dengan 3,000 benih ikan. Kami sudah mula menjual lebih kurang 60 kilogram ikan pada harga RM16 sekilo. Permintaan sangat menggalakkan terutama dalam kalangan peniaga dan penduduk setempat.

“Pelanggan akan datang membeli di sini atau kami akan hantar tempahan kepada mereka,” katanya yang turut merancang mengembangkan lagi potensi perniagaan menerusi ternakan ikan keli dalam tempoh terdekat dengan 200 benih ikan sebagai permulaan.

Mengakui tidak mempunyai kepakaran menternak ikan air tawar, Hamidah menyertai kursus latihan bagi memahami setiap sudut teknikal dan pengurusan ternakan ikan air tawar dalam kolam simen secara efisien merangkumi aspek penjagaan serta pemakanan bagi memastikan hasil berkualiti tinggi.

“Ada empat kolam disediakan untuk menjalankan projek ternakan ikan tilapia merah ini. Dua kolam kecil dan dua lagi kolam besar. Kolam kecil dikhususkan untuk anak benih ikan sehingga mencapai tempoh matang tiga bulan sebelum dipindahkan ke kolam besar. Setiap kolam ada 1,000 ekor ikan,” jelasnya.

 
Back
Top
Log in Register