BTC USD 83,657.5 Gold USD 4,154.47
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Program penipu Dr. Azizan utk tahun 2011!!

apapun dr azizan nie marketing dia power followers pun banyak dasyat juga la dia

sebab peminat fanatik dia banyak bagi up siap backup:o:o:o

Allahuakbar..memang hebat azizan ini. marketing berterusan tanpa jemu..
 
Awas jika anda pemegang PHD palsu!

SHAH ALAM - Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) mengambil beberapa langkah bagi mengekang penyalahgunaan status pemilikan Ijazah Kedoktoran (PHD) palsu.


Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Mary Yap berkata, antara langkah yang diambil KPT termasuk membangunkan pangkalan data khas bagi menyemak kesahihan status pemegang PHD individu.

"Pangkalan data yang sedang dibangunkan itu akan mengandungi senarai nama semua pemegang PHD yang sah daripada universiti awam dalam negara ini.

"Ia akan membolehkan orang awam menyemak dan mengesahkan status PHD seseorang," katanya ketika menjawab pertanyaan Datuk Ahmad Fauzi Zahari (Setiawangsa-BN) di Parlimen, di sini, hari ini.

Dalam pada itu katanya, KPT juga sedang bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) sekiranya terdapat penyalahgunaan ijazah PHD palsu melalui internet bagi menyekat mana laman web yang disyaki.

"Kita juga bekerjasama dengan PDRM sekiranya kes salah guna status boleh menyebabkan kerugian ke atas mana-mana pihak.

"Dan kita juga memberi kesedaran kepada masyarakat supaya berhati-hati supaya semak status sijil individu melalui Agensi Kelayakan Malaysia MQA, sekiranya melibatkan institusi Malaysia dan sekiranya melibatkan institusi di luar negara boleh disemak melalui pihak kuasa universiti negara berkenaan," katanya.

Katanya lagi, untuk seseorang menghabiskan tempoh pengajian PHD mengambil masa tiga sehingga lima tahun bergantung kepada jenis pengajian.

Kes-kes kelulusan akademik palsu terutamanya ijazah PHD sering berlaku di Malaysia,lazimnya dilakukan oleh pihak tertentu yang mahu dipandang tinggi oleh masyarakat selain mahu menggunakan status itu untuk tujuan perniagaan dan sebagainya.


http://www.sinarharian.com.my/nasional/awas-jika-anda-pemegang-phd-palsu-1.653283
 
Selagi ada permintaan, selagi itu ada penawaran.

Hukum asas ekonomi.

Rasanya ramai scammer di Malaysia, jadi kerajaan buatlah macam mana pun, bisnes tetap jalan bagi mereka yang jual PHD palsu ni.
 
ish yg den heran sgt2, dh sah terbongkar orang2 yg pakai phd palsu ni, tapi deme tak malu2 & tak kesah pun, masih poie sano-sini buek seminar itew-inney

muko tu tobal sgt ko? ko dah xdo kemaluan?

1malaya dh tau woi ekau tak malu ko?

maaf tgh geram ni dh 2-3 hari xleh masuk CG tahapehal tah
 
ish yg den heran sgt2, dh sah terbongkar orang2 yg pakai phd palsu ni, tapi deme tak malu2 & tak kesah pun, masih poie sano-sini buek seminar itew-inney

muko tu tobal sgt ko? ko dah xdo kemaluan?

1malaya dh tau woi ekau tak malu ko?

maaf tgh geram ni dh 2-3 hari xleh masuk CG tahapehal tah

follower ramai. diorg backup baik punya yg phd tu betul
 
Back
Top
Log in Register