Salam,
aku pernah mengikuti kursus Azizan ni , dulu dia tak glemer pun aku tau kursus dia dari Harian Metro , lepas masuk kursus pertama , aku masuk kursus ke2 pula , memang dia pandai pancing peserta , sebab kursus pertama tu, tak lengkap jadi mestilah kita nak tahu kursus lanjutan... kursus rahsia tarikh lahir .
Selepas masuk kursus yg kedua aku ditawarkan untuk jadi agen cari peserta , tapi untuk jadi agen sahaja aku kena bayar 2 - 3 ribu jugaklah, aku lupa berapa dah nilainya.... aku yg minat motivasi ni , terus jadi agen ,tapi disebabkan bilangan peserta tak ramai dikawasan aku , jadi aku tak dapat banyak komisen , cukup dapat balik modal sahaja , bil telefon sama minyak kereta memang hanggus tak buleh nak cover..
untuk tahun seterusnya , kursus tu dah tak ada ditempat aku , jadi macamana aku nak dapat komisen lagi ?
aku kena berebut komisen dengan agen ditempat lain la pulak .
masa tu baru aku sedar aku ni b*d*h... sebab komisen yang aku dapat itu adalah duit aku sendiri , lepas handle satu kursus , aku bg tau dia aku dah tak minat jadi agen dia , sebab sms dan call banyak menganggu hidup aku , ada orang luar cari aku sekadar nak tahu keistimewaan tarikh lahir masing2 .
Azizan pernah kata agen akan dilatih atau dapat kursus tambahan,
aku tanya pembantu dia , dia kata kursus tu dah lepas , aku kena tunggu tahun depan , giler punya strategi....
selepas aku masuk 2 kursus dan jadi agen untuk 1 kursus lanjutan , aku dah malas nak layan kursus dorang lagi... aku rasa aku yg banyak buat kerja untuk dapatkan balik modal aku.
nasib baik aku terlepas dari masuk kursus ke 3 ,yurannya dalam ribu riban la jugak , banyak kali dorang call suruh masuk , tapi aku tolak.
Azizan ni memang ada masalah dengan adik beradik dia masa tu,
ada ke patut adik beradik tak nak bercakap dan bertemu muka , aku yg jadi orang tengah nya??
hal ni mungkin ada kaitan yg dia berkahwin lagi satu,
masa kursus terakhir, dia ada duk main mata dengan sorang awek ni , tak tahu la masa tu bini baru dia ke siapa , macam aku tak buleh nak baca perangai yang tak profesional dia tu.
Sebenarnya dari segi ilmu motivasi dan pengurusan perniagaan atau kewangan Azizan ni bagus , tapi ...bayaran ribu riban tu...
macam tak patut lar.
aku tak kata kursus dia scam , tapi dia pandai manipulate orang yang innocent macam aku ~X(