Haha..dulu aku pun pernah kena..
Pas tu aku xpuas hati..aku kaji kenapa aku leh terkena..jumpa ustaz..tengok kot aku dipukau..
Tanya pakar..
rupanya ada benda lain yg membuatkan kita terkena..
Iaitu sistem nilai hidup kita..
Kenapa melayu ramai kena?
Sebab melayu mendidik anak-anak mereka agar tidak kecewakan org lain..
jangan susahkan org lain...'gembirakan hati orang lain'.. selalu mengalah...
Ini semua ajaran yang baik dan mulia...tapi didikan ini tak lengkap...
Orang melayu xajar anak dia jangan kecewakan org yg macam mana, jangan susahkan org yg macam mana, gembirakan hati org yg macam mana...mengalah pada org yg macam mana...
ini semua dh tertanam dalam minda bawah sedar kita...
Sebab itu majoriti melayu amat sukar untuk berkata "TIDAK"
Adakah kita mampu mengubahnya....AMAT-AMAT-AMAT SUKAR SEKALI!
Saranan pakar tersebut..elak dari termasuk dalam suasana dipujuk... atau sebagaimana saranan sahabat2 lain.... jangan bawa dompet... menjadikan diri kita mmg xmampu untuk 'memberi'