BTC USD 81,719.4 Gold USD 4,105.35
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Program keilmuan akubukandukun

Katakanlah: "Sesungguhnya Tuhanku hanya mengharamkan perbuatan-perbuatan yang keji, sama ada yang nyata atau yang tersembunyi; dan perbuatan dosa; dan perbuatan menceroboh dengan tidak ada alasan yang benar; dan (diharamkanNya) kamu mempersekutukan sesuatu dengan Allah sedang Allah tidak menurunkan sebarang bukti (yang membenarkannya); dan (diharamkanNya) kamu memperkatakan terhadap Allah sesuatu yang kamu tidak mengetahuinya.


(Al-A'raaf 7:33)
 
Patutkah mereka sekutukan Allah dengan benda-benda yang tidak dapat menciptakan sesuatupun, sedang benda-benda itu sendiri diciptakan?

(Al-A'raaf 7:191)
 
Mereka menjadikan pendita-pendita dan ahli-ahli agama mereka sebagai pendidik-pendidik selain dari Allah, dan juga (mereka mempertuhankan) Al-Masih ibni Maryam, padahal mereka tidak diperintahkan melainkan untuk menyembah Tuhan Yang Maha Esa; tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia. Maha Suci Allah dari apa yang mereka sekutukan.

(At-Taubah 9:31)
 
Dan mereka menyembah yang lain dari Allah, sesuatu yang tidak dapat mendatangkan mudarat kepada mereka dan tidak dapat mendatangkan manfaat kepada mereka dan mereka pula berkata: "Mereka (yang kami sembah itu) ialah pemberi-pemberi syafaat kepada kami di sisi Allah". Katakanlah (wahai Muhammad): "Adakah kamu hendak memberitahu kepada Allah akan apa yang Ia tidak mengetahui adanya di langit dan di bumi (padahal Allah mengetahui segala-galanya)? Maha Suci Allah dan tertinggi keadaanNya dari apa yang mereka sekutukan."

(Yunus 10:18)
 
Dan (ingatlah) masa Kami himpunkan mereka semua (pada hari kiamat), kemudian Kami berfirman kepada orang-orang musyrik: "Tunggulah di tempat kamu semua, kamu dan makhluk-makhluk yang kamu jadikan sekutu"; sesudah itu kami putuskan perhubungan baik di antara mereka. Dan berkatalah makhluk-makhluk yang mereka sembah itu (sebagai berlepas diri): "Bukanlah kami - yang kamu puja dan taat (sebenarnya kamu hanya memuja dan mentaati hawa nafsu kamu sendiri)!


(Yunus 10:28)
 
Bertanyalah (wahai Muhammad): "Siapakah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan langit dan bumi?" Jawablah: "Allah".

Bertanyalah lagi: "Kalau demikian, patutkah kamu menjadikan benda-benda yang lain dari Allah sebagai Pelindung dan Penolong, yang tidak dapat mendatangkan sebarang manfaat bagi dirinya sendiri, dan tidak dapat menolak sesuatu bahaya?"

Bertanyalah lagi: "Adakah sama, orang yang buta dengan orang yang celik? Atau adakah sama, gelap-gelita dengan terang? Atau adakah makhluk-makhluk yang mereka jadikan sekutu bagi Allah itu telah mencipta sesuatu seperti ciptaanNya, sehingga ciptaan-ciptaan itu menjadi kesamaran kepada mereka?"

Katakanlah: "Allah jualah yang menciptakan tiap-tiap sesuatu, dan Dia lah Yang Maha Esa, lagi Maha Kuasa".

(Ar-Ra'd 13:16)



macam mana kamu kata kamu berlindung dgn ayat ALLAH ?

ayat di atas terang-terang ALLAH kata hanya dia pelindung dan penolong.

tt cuba jelaskan dengan sejelas-jelasnya.
 
Last edited:
tuan wheriz ..... siapa yang sesat sekrang ini, mengikut ayat-ayat keterangan drpd AL Quran.


Hamballah1996 atau Tuan wheriz ? siapa yang kena bertaubat wahai tuan wheriz ?
 
Seperti yang saya jangka..hambaallah1996 akan terus komen dlm ni walau dari segi peraturan forum dah melanggar etika..dan sepatutnya topik yg dibawa hambaallah1996 ini dibawa ke religous talk..
moderator atau admin cg tidak campur tangan dlm urusan ini tak taulah kenapa..sepatutnya dah lama hambaallah1996 kena band kerana melanggar etika yg ditetapkan admin. kehadiran hambaallah1996 dan ditambah dengan forumer lain yg menyokong beliau..yg cuba mengelirukan pembaca semua dan seolah2 akubukandukun menyeru jin..meminta tlg kepada jin selama ini..tanpa usul periksa..sedangkan dia tidak mengenali atau mempelajari apa2 yg saya bawakan..saya percaya jika dia benar2 memahami al-quran dan isinya dia akan faham apa itu fitnah..
setakat ini dah lebih 100 org dlm cg dah mengikuti dan mengamalkan apa yg saya bawa..yg selama ini telah diamalkan oleh para waliyullah dahulu kala..sekiranya ada ayat menyeru selain Allah dan menyalahi akidah, saya yakin dah lama mereka sendiri bangkitkan isu ini..
adakah salah saya atau yg lain berzikir dengan nama2 Allah dan berikhtiar dlm rawatan dengan mohon pada Allah dan memujinya dgn zikir asmanya.
saya tak pernah menolak al-quran dan tidak menyembah yg lain selain Allah.
silakan buka thread anda sendiri kerana lepas ini apapun yg anda posting di thread saya ini takkan saya layan..
segala tuduhan hambaallah1996 kepada saya atau mereka yg lain didalam ini adalah dakwaan yg tak berasas..
moga diberikan hidayah..
kepada pembaca yg lain..sy cadangkan takpayah layan lagi hambaallah1996, banyak lagi kerja lain yg berfaedah..
terima kasih.
 
Back
Top
Log in Register