Assalamualaikum semua..baru sempat jenguk thread sendiri..
sebenarnya malas nak panjang2 story dari hambaallah1996 tu dan harap isu tak berpanjangan..lagi pula selama ni sy pun tak penah kacau posting2 dia or ganggu dia pun..tapi ialahkan org muda,semangat tengah tinggi..apatah lagi kononnya bila berasa diri betul semua org salah..
baiklah, dalam rawatan antara ayat quran yg saya gunakan ialah surah Al-Fatihah,Ayatul kursi dan antara zikir yg sering digunakan 2 kalimah syahadah,selawat nabi,Laillahaillallah dll..zikir2 yg sering kita ucap or kita dengar..mungkin beliau hambaallah1996 tidak menggunakan zikir2 tersebut..utk amalan patient pula sering saya suruh patient buat amalan tambahan seperti zikir istighfar dan selawat..mungkin beliau hambaallah1996 tidak tau dengan kekuatan kalimah2 zikir tersebut..
saya akui tiada daya saya dalam penyembuhan penyakit melainkan dengan izin Allah..saya cuma berikhtiar dengan doa memohon kepadanya dan dengan terus memuji2 kebesaran Allah dengan kalimah2nya..disertakan keyakinan dlm membaca kalimah2 tersebut..
hambaallah1996 tidak pernah berurusan dengan saya sama ada belajar atau mendapatkan rawatan dari saya..mungkin beliau pernah berurusan dengan tuan guru haron din sampaikan dia menuduh tuan guru haron din berubat menggunakan jin ifrit..
mcm2 dunia akhir zaman ni..yg penting kita perlu ingat pesan Rasullullah S.A.W iaitu berpegang pada 2 perkara yg ditinggalkannya..iaitu Al-quran dan hadith..
malas nak story panjang2 nanti jadi forum relegious talk dimana hambaallah1996 suka mencelah thread2 org disana dengan hanya bersumberkan al-quran tanpa refer hadith2 nabi..
apapun nasihat saya kepada org muda(hambaallah1996)istighfar banyak2 dan ucapkan 2 kalimah syahadah..pintu taubat masih terbuka..jangan ikutkan perasaan ok..jika tuan org yg tinggi ilmunya..jauhilah sikap riak atau takbur..
Firman Allah : Dan (ingatlah) ketika kami berfirman kepada malaikat: "Tunduklah (beri hormat) kepada Nabi Adam". Lalu mereka sekaliannya tunduk memberi hormat melainkan Iblis; ia enggan dan takbur, dan menjadilah ia dari golongan yang kafir.
(Al-Baqarah 2:34)
Firman Allah : Sesungguhnya yang sebenar-benar beriman kepada ayat-ayat keterangan Kami hanyalah orang-orang yang apabila diberi peringatan dan pengajaran dengan ayat-ayat itu, mereka segera merebahkan diri sambil sujud (menandakan taat patuh), dan menggerakkan lidah dengan bertasbih serta memuji Tuhan mereka, dan mereka pula tidak bersikap sombong takbur. (As-Sajdah 32:15)
saya percaya komen2 ini akan terus dibalas dengan pelbagai lagi tohmahan dari beliau..saya yakin anda yg mengikuti thread ini..pandai menilainya..renung-renungkan dan selamat beramal.
Dalam hati mereka (golongan yang munafik itu) terdapat penyakit (syak dan hasad dengki), maka Allah tambahkan lagi penyakit itu kepada mereka; dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya, dengan sebab mereka berdusta (dan mendustakan kebenaran).
(Al-Baqarah 2:10)
mereka yg berminat dengan program keilmuan boleh terus email saya di
[email protected]
terima kasih pada semua yg memberi komen positif,negatif serta singgah di thread ini.