BTC USD 76,522.5 Gold USD 4,366.80
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Program Jualan Rahmah MADANI Intervensi Berkesan Bantu Rakyat - Armizan

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,197
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,197
Reaction score
346
Points
141
904a50d7ec987b951de65ad2b4621090692177c203a39

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Datuk Armizan Mohd Ali bercakap pada sidang media selepas merasmikan Jelajah Karnival KPDN dan Kempen Beli Barangan Malaysia (KBBM) Zon Tengah 2025 di Dataran Kemerdekaan Shah Alam.

--fotoBERNAMA (2025) HAKCIPTA TERPELIHARA


Sebanyak 23,030 siri Program Jualan Rahmah MADANI (PJRM) telah dilaksanakan setakat 30 Nov lepas dan terbukti menjadi antara intervensi kerajaan yang berkesan membantu rakyat dalam isu kos sara hidup.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali berkata dalam tempoh tiga tahun Kerajaan MADANI, pemerkasaan PJRM dilaksanakan secara konsisten, melibatkan penambahan peruntukan saban tahun dan peluasan pelaksanaan meliputi 222 Parlimen, 600 Dewan Undangan Negeri (DUN) dan 40 zon di Wilayah Persekutuan.

“Melalui tawaran diskaun 10 hingga 30 peratus lebih rendah berbanding harga pasaran, PJRM terus mendapat sambutan luar biasa daripada rakyat. Pada tahun 2023, sebanyak 6,870 PJRM telah berjaya diadakan dan jumlah ini meningkat kepada 12,419 siri pada tahun 2024.

“Sehingga 30 Nov 2025, sebanyak 23,030 PJRM telah dilaksanakan di seluruh negara. KPDN (Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup) akan meneruskan inisiatif PJRM sepanjang tahun 2026 dan akan komited memperkasakan pelaksanaan inisiatif ini agar manfaatnya dapat dirasai secara lebih meluas oleh semua lapisan rakyat,” katanya menerusi hantaran Facebooknya hari ini.

Armizan berkata bermula Julai 2025, KPDN juga terus meningkatkan kekerapan penganjuran PJRM dengan minimum kekerapan dua kali sebulan bagi setiap DUN.

Ia juga melibatkan penambahan jumlah unit penyimpanan stok dan penglibatan lebih ramai rakan strategik peruncitan di seluruh negara.

Takwim PJRM juga diperkenalkan bagi membolehkan rakyat mendapat maklumat penganjuran di kawasan berhampiran dan boleh diakses menerusi laman web KPDN di https://www.kpdn.gov.my/ms/jualan-rahmah.

Terdahulu, Armizan turut meluangkan masa meninjau pelaksanaan PJRM yang diadakan bersempena Program Rancakkan MADANI Bersama Malaysiaku yang membuka tirainya hari ini di Putrajaya.

PJRM terletak di Zon G, antara lain menjual barangan kering, sejuk beku, kelengkapan sekolah dan peralatan sukan pada harga mampu milik.

 
Back
Top
Log in Register