BTC USD 63,156.4 Gold USD 4,445.11
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Not Paying Program Husna - Skim Cepat Kaya Ke?

salm bro..nieh program dr pan phoenix dina niehh..

a'ah tul la tuh. dulu program clear. ramai
kekawn yg join leh dpt untuk. xde masalah
pon. skrg plan diubah. xtaw la camana plak!
 
hehehe... nak tarik mokku la tu..

tp bagus lak mokku g, leh tahu more info pasai program tu..

then update kat sini... :D:D:D

:D:D

mokku dh join pon. nmpk cam ok je.
dh pk byk kali. minta pdpt org itu ini.
just nk try. x cuba x taw kan? :D
 
belum tutup lgi sy baru daftar tadi...........kalau sape2 berminat sila email sy [email protected] @ sediakan maklumat berikut:
1. 2 salinan kad pengenalan
2. 2 keping gambar passpot
3. 1 salinan i/c pewaris/penama
4. 1 salinan buku bank kecuali tabung haji & ASB
 
Program ni akan terus berjalan dan terus berjalan selagi ada orang baru masuk/ada pelebur baru join/ada mangsa baru masuk. Syarikat akan terus membayar duit kepada peserta yg join awal utk membuktikan bahawa program ini bagus, program ini mulia, tak tipu. Ini adalah strategi syarikat pengendali program utk menarik perhatian orang ramai dan utk menarik seberapa ramai lagi orang supaya jadi mangsa.

Orang yg join akan sibuk cari orang lain utk join (Macam ahli program ni yg ada kat forum CG nilah, dok sibuk cari orang suruh contact melalui emellah). Kalau ahli tak cari orang baru/mangsa baru, duit utk dia tak akan masyukk. Utk memastikan duit masyukk, setiap ahli digalakkan memperkenalkan program ini kepada orang lain utk mendapatkan ahli baru.

Setelah beberapa lama apabila takde lagi orang baru yg masuk, mulalah syarikat akan berhenti bayar "Dividen" kepada peserta. Jadi, orang yg masuk pada waktu terakhir/terkini/yg join last, tak akan dapat "Dividen" palsu berkenaan. Seterusnya, syarikat akan membuat macam2 alasan- sistem downlah, dalam proseslah, tengah kemaskinilah dan macam2 lagi alasan budak2 *****. Yg rugi merana & papa kena tipu ada peserta2 yg join last.

Dividen yg tinggi tu dapat dari mana? duit dari mana? Ianya diperolehi daripada duit kemasukan peserta2 baru/mangsa2 baru yg dibayar kepada peserta2 terdahulu.

Kesimpulannya, confirm skim cepat kaya!!!
Lu pikir la sendiri. Takkan tak faham2 modus operandi skim cepat kaya piramid haram?
 
kalo ako x silap cuba belek harian metro hari...
dah kantoi maaa...
 
kalo ako x silap cuba belek harian metro hari...
dah kantoi maaa...

Empat koperasi jalani perniagaan palsu dikesan

Oleh azian aziz

PETALING JAYA 11 Nov. - Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) hari ini mendedahkan nama empat koperasi yang dikesan menawarkan peluang perniagaan, pelaburan dan kemudahan pinjaman palsu kepada orang ramai bagi mengaut keuntungan mudah.

Empat koperasi terbabit ialah Koperasi Nabinco, Koperasi Gagasan Berjaya Enterprise, Koperasi Usahawan Siswazah Gagasan dan Koperasi Siswazah Islam Malaysia.

Siasatan awal mendapati koperasi yang didalangi pihak tertentu dari kalangan syarikat dan individu tersebut masih baru beroperasi dan mereka menggunakan nama koperasi serta mendakwa telah berdaftar dengan SKM untuk mengelirukan orang ramai.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Noh Omar ketika mendedahkan perkara itu berkata, SKM turut memantau kegiatan lapan lagi koperasi berdaftar dengan SKM yang dipercayai menjalankan pelaburan bercirikan skim cepat kaya.

Beliau berkata, nama lapan koperasi yang terlibat bagaimanapun tidak dapat didedahkan kepada umum buat masa ini, kerana masih dalam siasatan.

''Empat daripadanya telah sampai ke peringkat akhir. SKM dapat mengesan kegiatan yang menyalahi undang-undang ini selepas mendapat maklumat dan aduan daripada orang ramai.

''Jadi siasatan telah dibuat dan koperasi yang terlibat kini sedang dalam siasatan mengikut Seksyen 10A atau 10B Akata Koperasi 1993 yang jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM5 juta atau penjara selama lima tahun atau kedua-duanya," kata beliau.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Perniagaan Melalui Internet Dalam Gerakan Koperasi di sini petang ini.

Hadir sama Pengarah Maktab Kerjasama Malaysia, Idris Ismail dan Pengerusi Eksekutif SKM, Datuk Mangsor Saad.

Empat koperasi palsu yang dikesan itu, kata Noh, menawarkan peluang perniagaan dan pelaburan yang didakwa boleh memberi pulangan keuntungan dalam masa singkat, secara tetap, lumayan dan mengenakan kadar faedah amat tinggi serta tempoh bayaran yang terlalu lama iaitu sehingga 15 tahun.

Beliau memberitahu, mereka juga menawarkan perkhidmatan tersebut melalui pelbagai cara seperti iklan dan tawaran melalui internet, akhbar, e-mel, risalah dan menggunakan ejen.

''Selepas disiasat, didapati koperasi tersebut sebenarnya tidak wujud dan namanya juga tiada dalam senarai berdaftar SKM. Alamat yang diiklankan juga didapati palsu,'' kata beliau.

Mengenai lapan koperasi yang dipercayai menjalan skim cepat kaya kata beliau, koperasi ini akan menawarkan pulangan yang tinggi antara lapan peratus hingga 12 peratus sebulan atas modal pelaburan, pembayaran dividen tanpa asas, aktiviti perniagaan hanya bagi mengaburi mata dan sebahagian wang kutipan dilabur tanpa kajian serta secara tidak berhemat.

''Di sini saya ingin menegaskan tidak ada koperasi yang diberi kebenaran untuk melaksanakan aktiviti pelaburan sedemikian seperti yang dibuat lapan koperasi ini.

''Kita masih menjalankan siasatan dan akan mengambil tindakan tegas jika mereka didapati menjalankan kegiatan skim cepat kaya kerana kerajaan tidak akan bertolak ansur dengan pihak yang gagal mematuhi undang-undang berhubung skim ini,'' tegas beliau.

Sehubungan itu ujar beliau, orang ramai yang mempunyai maklumat, aduan atau sebarang keraguan mengenai kegiatan sesuatu koperasi boleh menghubungi SKM di talian 03-2093 5098 sambungan 5805 atau 5828 atau fakskan ke talian: 03-2094 4272 atau 03-2093 5026 atau e-mel: [email protected].
 
ngeh ngeh.. ni kira ala2 hyip la nie..
hyip concept jgn letak something that cannot afford to loose..
pastu kalau nak join hyip kena carik hyip yg fresh/baru sesangat launch..
pastu lak kena pandai2 diversify, jgn fokus 1 hyip je..
ada untung withdraw terus jgn gatai2 compound
pastu rerajin la usha2 mana2 hyip monitor :D

smua ni tinggal kenangan..
 
Back
Top
Log in Register